Saturday, February 27, 2010

Kursus Peningkatan Profesionalisma MPI 1/ 2010

Kursus Peningkatan Profesionalisma Perguruan Siri 1 -untuk guru-guru Maahad telah berjaya diadakan di Dewan Sri Rambai (Z&H Inn) Jalan Bayam Kota Bharu.

Ceramah 1 berkenaan Disiplin dan Kedisiplinan - oleh Pn Hjh Faridah Darus(Pensyarah IPG Kota Bharu)
-disiplin - suatu peraturan yang dibuat mengikut norma masyarakat yang mesti dikuti semua demi keharmonian
-kedisiplinan- proses menjalankan dan menguatkuasa disiplin dikalangan anggota sesebuah organisasi. Justeru para guru perlu mengenali kekuatan dan kelemahan dalam diri masing-masing bagi mempastikan tiada berlaku salah laku disiplin oleh pelajar. Guru-guru juga perlu mengenalpasti elemen-elemen yang dapat melonjak akhlak para pelajar.
Oleh itu, guru perlu mempunyai ilmu dan kemahiran tertentu dalam meningkatkan mutu disiplin pelajar. Guru - guru juga mesti menghubungkait dengan pengalaman lalu semasa mereka berada di alam persekolahan. Ini membolehkan para guru memahami isu-isu disiplin yang dilakukan oleh para pelajar mereka.
Sesungguhnya kekuatan kita dengan murid bergantung kepada hubungan kita dengan murid, dan kekuatan hubungan kita dengan murid sesungguhnya bergantung kepada sejauhmana kita mengenali personaliti pelajar - latarbelakang sosioekonomi mereka.

Ceramah 2 berkenaan P&P Berkesan - disampaikan oleh Dr Mohd Aziz Mohd Din(Pensyarah Kanan,IPG Kota Bharu)
Adakah pengajaran dan pembelajaran oleh guru berkesan? Kalau berkesan mengapa pelbagai masalah disiplin di kalangan pelajar semakin serius?
P&P berkesan terhasil apabila objektif pembelajaran tercapai dan dalam jangka panjang akan berlaku perubahan positif tingkahlaku, sahsiah dan keterampilan diri pelajar.
Sejauhmana para guru membuat refleksi dan menilai akan keberkesan pengajaran mereka selama murid-murid berada dalam kawalannya.
Semua orang mengatakan mengajar itu satu ibadah, tetapi berapa ramai yang betul-betul merasai kemanisan kata-kata tersebut. Jika tidak masakan ada segelintir guru lambat masuk kelas, lebih-lebih lagi kelas pelajar lemah. Jika masuk kelas pelajar buat kerja sendiri, guru dengan "kerjanya".
uNtuk P&P berkesan guru perlu ada pengetahuan, kemahiran dan mempunyai nilai atau pegangan yang betul. Guru perlu membuat refleksi diri - mengapa memilih guru sebagai kerjaya? Apakah telah tercapai matlamat dan kepuasan hidup? Apakah perasaannya bila berdepan dengan pelajar cemerlang? pelajar lemah? pelajar berdisiplin?
Bak kata Pengarah JPN Kelantan berkenaan guru yang berkesan ;
ke sekolah tidak jemu, mengajar tidak lesu

Hari jadi 3G


Nenda Mah dikelilingi oleh anak bongsu serta cucunda-cucunda, untuk merasmikan sambutan hari jadi 3G-nenek, anak dan cucu.
(Nenda - 25 Feb , Amal - 6 Feb, Hazlin - 4 Feb dan Ajwad - 8 Feb)
Posted by Picasa

Saturday, February 20, 2010

Sambutan Hari Lahir 3G

Tanggal 16 Februari 2010, buat julung kalinya sambutan hari lahir diraikan bersama oleh 3 orang yang mewakli 3 generasi - ibu, anak dan cucu. Kesemunya dilahirkan pada bulan Februari.
Sambutan diadakan di Kg Penambang, dan dihadiri oleh sanak saudara terdekat. Hidangan utama- nasi Arab, yang dimasak oleh Chef tersohor di dunia (sudah tentunya ibu sendiri, kan! kan!)
Kemudiannya upacara memotong kek dilakukan bersama oleh insan-insan terlibat. Baget kecil jadi keknya pun kecil! Yang penting sambutannya lancar ! O.K