Monday, December 6, 2010

Membeli pakaian seragam sekolah anak anak

Tahun depan bertambah seorang lagi anakku yang akan memasuki alam persekolahan.Ini bermakna perbelanjaan persekolahan juga meningkat. Tetapi sebelum inipun anakku yang ketiga telahpun belajar di Tadika Sumayyah Mulong dengan yuran bulanan sebanyak RM100.
Jadi tengahari tadi kami anak beranak ke bandar Kota Bharu membeli kelengkapan persekolahan anak anak untuk tahun 2011. Bandar Kota Bharu kini mengalami pembangunan dan perkembangan yang pesat. Banyak bangunan baru dan tinggi dibina.
Keadaan jalan dalam bandar yang lebar dan luas setelah dilakukan perubahan awal tahun ini menjadikan aliran trafik kenderaan lancar dan mengurangkan kesesakan lalulintas.

Gedung pakaian Ten Ten menyediakan segala kelengkapan pakaian seragam sekolah yang diperlukan seperti baju, seluar, kasut, stokin, dan beg.

Saturday, December 4, 2010

Penyelarasan Subsidi Lagi...

Berkuatkuasa kelmarin, 4 Disember 2010(Sabtu), subsidi harga petrol RON 95 telah dkurangkan 5 sen dan menyebabkan harga petrol meningkat kepada RM1.90. Barangan lain yang turut diselaraskan semula termasuk minyak diesel kepada RM1.80, LPG 5 sen bagi setiap 1 liter padu dan 20 sen untuk gula(RM2.10)

MInggu lepas 1 Disember 2010, harga RON 97 telah dinaikan sebanyak 15 sen kepada RM2.30 berikutan kenaikan harga petroleum di pasaran dunia. Sememangnya petrol 97 telah dihapuskan sepenuhnya subsidi, dan harganya ditentukan oleh pasaran dunia.