Thursday, March 31, 2011

PT 373 TAMAN INTISAR BULOH POH(3)

REKA BENTUK BANGLO DI TAMAN INTISAR HUMAIRA
Pemandangan rumah yang telah siap berbumbung di Taman Intisar Humaira di Kg Buloh Poh, Ketereh, yang terdiri daripada 8 buah banglo setingkat. Kesemuanya mempunyai reka bentuk luaran yang sama. Manakala pelan dalaman rumah adalah berbeza-beza dan mengikut cita rasa pemilik masing-masing.

Banglo Pelan B - lot tanah yang memanjang







-pandangan sisi dan hadapan-












Wednesday, March 30, 2011

Hujan

JALAN KETEREH-MELOR

Ketiadaan sistem perparitan yang sempurna menyebabkan jalan ini selalu rosak dan berlubang apabila setiap kali hujan lebat dan berpanjangan
Aliran air dari atas bukit yang telah dijadikan taman perumahan mengalir turun, mengakibatkan permukaan jalan dipenuhi.



Lopak dan lubang yang terbentuk semakin membesar dan berbahaya kepada kenderaan yang lalu lalang, terutamanya kepada para pemandu yang tidak biasa dengan jalan ini.




Memang pasti setiap hari pasti kereta yang tersadai di tepi jalan dek terjun lubang dalam yang digenangi air hujan. Penutup rim yang tertanggal berselerakan di tepi jalan. Betapa saban petang pasti ada kenderaan yang tayarnya pecah.





Saturday, March 19, 2011

Lagi Gambar Pembinaan Rumah PT373

Pemandangan dari rumah ke arah jalan utama

keluasan tanah antara rumah dengan jalan

pandangan dari bilik utama

pandangan dari ruang keluarga

bilik anak dan bilik utama

pandangan ruang dapur

pandangan ruang keluarga dan tetamu


pandangan dari kiri

sisi kiri rumah

pandangan dari hadapan

Tuesday, March 15, 2011

Lagi Gambar-gambar di Tapak Pembinaan - Pt 373

Hari ini kerja-kerja memasang bata dinding diteruskan setelah hujan mulai reda. Hujan lebat mulai turun awal minggu lepas menyebabkkan banjir kilat di kawasan rendah. Alhamdulillah pada minggu ini, hujan hanya turun renyai renyai dan sekejap-sekejap.
Hampir keseluruhan dinding dalam rumah telah siap berbata, manakala dinding luar cuma bahagian bawah sahaja dipasang bata.


pemandangan di bahagian dapur

pemandangan dari ruang keluarga menghadap ke arah bilik anak-anak


pemandangan dari ruang tamu

...antara pekerja yang yang terlibat...



pemandangan keseluruhan rumah

Monday, March 14, 2011

MAJLIS BERCUKUR ASYFA YASMIN

Majlis bercukur anak ke-6, Asfa Yasmin telah selamat dilakukan oleh Imam Masjid Muhammadi Kota Bharu, Tok Imam Wan Zulkifli. Majlis yang dihadiri lebih kurang 30 orang tetamu dilakukan secara ringkas sebaik selesai solat subuh pada hari Jumaat lepas.










Monday, March 7, 2011

Pantasnya Masa Berlalu

Sedar atau tidak tahun 2011 telah 3 bulan berlalu pergi. Begitu pantasnya masa berlalu. Betapa putaran bumi begitu cepat. Siang dan malam terasa begitu cepat bersilih ganti. Namun jam masih lagi sama, 24 jam sehari semalam. Tidak berkurang walau seminit.
Mengapakah masa yang dilalui begitu pantas berlalu meninggalkan kita? Dunia sekarang mementingkan kehidupan dunia yang singkat, kesenangan dunia yang sedikit dan kebahagiaan dunia yang sementara sehingga melupakan kehidupan sebenar di akhirat nanti. Kehidupan yang tanpa penghujung, kesenangan, kekayaan dan kebahagiaan yang berkekalan. Justeru mereka begitu sibuk mengejar dunia tanpa mengira waktu siang atau malam. Waktu malam dikurniakan Allah supaya manusia dapat berehat dan mengingatiNya.

Bukan masa yang singkat. Tidak pula putaran bumi yang pantas. Tetapi kita, manusia!!!. Sesunguhnya semakin dunia yang kita kejar, semakin jauh ia dari kita. Semakin kita mengejar akhirat, semakin dekat pula ia mendekati kita

Friday, March 4, 2011