Saturday, December 31, 2011

Selamat Tinggal 2011

Tepat 12.01 malam ini,tahun 2011 dan segala peristwa yang berlaku sepanjang setahun juga turut berlalu pergi. Namun, tidak semua nya akan hilang begitu sahaja, malah akan diganti dengan yang baharu yang lebih baik. Bagi kakitangan awam persekutuan, berlalunya 2011 bermakna mereka akan melangkah ke alam 2012 dengan sistem perkhidmatan yang lebih baik dan menyenangkan. Sistem Saraan Malaysia(SSM) yang telah dgunakan semenjak 2002 akan digantikan dengan Saraan Baru Perkhidmatan Awam(SBPA). Jadual gaji sebaris (JGS) dijanjikan akan lebih menarik , lebih tinggi dan lebih panjang berbanding Jadual Gaji Matrik(JGM) dalam SSM. Kakitangan awam akan juga menikmati kenaikan gaji tahunan yang lebih tinggi sehingga RM320.
Demikian juga umur persaraan wajib kakitangan awam yang baharu dilantik dan memasuki perkhdmatan awam akan dilanjutkan ke 60 tahun. Untuk kakitangan awam yang sedang berkhidmat boleh memilih sama ada untuk kekal pada usia persaraan sebelum ini sama ada 55, 56 dan 58 tahun.

Friday, December 30, 2011

Pembinaan Jalan raya bertingkat di Kota Bharu

salah satu tiang penyambut jalan di depan KB MALL

Pembinaan jalan bertingkat berjalan lancar walaupun permulaannya nampak perlahan. Semua tiang telah dihubungkan dengan pelantar jambatan.(Gambar diambil di persimpangan Wakaf Siku, hadapan bangunan KB MALL)

Thursday, December 29, 2011

Persiapan Kelengkapan Sekolah 2012




Sesi persekolahan 2012 akan bermula 3 Januari nanti. Semenjak 2 minggu lalu, Baru Kota Bharu mulai merasai kehadiran dan kunjungan ibu bapa untuk menyediakan kelengkapan persekolahan anak - anak mereka. Lalulintas menjadi perlahan walaupun kebanyakan jalan raya di bandar telah dilebarkan dan dijadikan laluan sehala.
Antara pasar raya yang menjadi tumpuan para ibu bapa pastinya kedai dan pasar raya borong seperti Pasar raya Mydin, Gedung Pakaian Ten Ten, Pasar raya PKT, dan Pasar Raya Zon Ria. Pasar raya ini menyediakan semua kelengkapan dan perlatan berkaitan sekolah dengan harga yang berpatutan. Bagi keluarga yang lebih bernasib baik, pastinya akan mengunjungi pasar raya seperti KB MALL, dan BILLION yang lebih selesa.

Murahnya Rezeki Muhammad Ajwad





Alhamdulillah, puji dan syukur ke hadrat Illahi, yang maha pemurah lagi penyayang, Walaupun memperolehi hanya 4A1B dalam UPSR 2011, pelbagai tawaran diterima. Mula-mula sekali daripada Al Kautsar Peringat, dan beberapa hari kemudian tawaran daripada Maahad Kawalan Yayasan Islam Kelantan(YIK)Tahfiz Sains Bachok. Petang semalam, lebih kurang jam 3 petang, pejabat SK Mulong 1 menelefon dan meminta datang mengambil surat tawaran kemasukan ke Sekolah Rancangan Khas (Maktab Sultan Ismail).
...majlis penyampaian saguhati oleh Guru Besar SK Mulong 1 kepada pelajar cemerlang UPSR 2011...