Thursday, January 19, 2012

Cuti Tahun Baru Cina 2012

Semua sekolah akan bercuti selama seminggu bersempena perayaan Tahun Baru Cina. Sekolah di Kelantan akan bercuti mulai 20 hingga 28 Januari 2012. Bagaimanapun, sekolah terpaksa menggantikan semula cuti hari Rabu(25 Jan) dan Khamis (26 Jan) pada hari Sabtu iaitu masing-masing pada 11 Feb dan 03 Mac 2012 depan.
Akan tetapi sekolah kendalian Yayasan Islam Kelantan hanya bercuti sehari sebelum tahun Baru Cina sahaja iaitu cuti peristiwa (Ahad-22 Januari 2012) dan bersekolah seperti biasa pada 25 Januari dan 26 Januari

Sunday, January 15, 2012

BR1M

Bayaran RM500 telah diagihkan kepada rakyat yang berjaya mulai hari ini. Rakyat yang berpendapatan RM3000 ke bawah layak mengisi borang permohonan BR1M yang telah berlangsung selama sebulan dan berakhir 10 Januari lepas. Kebanyakan penerima wang hari ini terdiri daripada kaum Cina sempena sambutan Tahun Baru Cina pada 23 dan 24 Januari depan
Sehingga 10 Januari, sebanyak 4.1 juta borang telah diedarkan kepada penduduk dan 5o peratus permohonan yang berjaya mula menerima bayaran hari ini

Friday, January 6, 2012

Penyelarasan berperingkat premium tarif motor

Mulai 16 januari 2012, Bank Negara Malaysia akan membuat penyelarasan premium tarif motor secara berperingkat dalam tempoh masa 4 tahun. Katanya, premium tarif motor tidak pernah dikaji selama 30 tahun. Justeru akan berlaku kenaikan premium tarif motor mulai tarikh itu.
Bagi perlindungan pihak ke-3, motosikal 110cc-premium naik antara RM1.00-RM3.50 setahun(kenaikan RM0.30 sebulan) dalam jangka masa 4 tahun. Manakala kereta persendirian 1400cc, premium naik antara RM6.00-RM34.00 setahun(kenaikan RM2.80 sebulan) dalam tempoh yang sama.

Tuesday, January 3, 2012

Banjir Gelombang Kedua di Kelantan



Sekolah di Kelantan terpaksa bercuti akibat banjir yang mulai melanda Rantau Panjang, Gua Musang dan Tumpat menjadi daerah terbaru. Tiga sekolah di Tumpat-SK Bendang Pak Yong, SK Simpangan dan SK Telok Jering bersekolah seperti biasa hari ini, namun terpaksa ditutup jam 12.30 tengah hari akibat air Sg Golok mulai melimpahi tebing dan menggenangi sekolah berkenaan.

Monday, January 2, 2012

Pendaftaran Anak di MTSM

Tak dapat nak bayangkan betapa bersyukur dan gembiranya hati kami sebagai ibu bapa apabila anaknya dapat meneruskan pelajaran menengah di sekolah agama. Maahad Tahfiz Sains merupakan maahad kawalan Yayasan Islam Kelantan yang menjadi rebutan dan pilihan ibu bapa dan pelajar untuk menyambung pelajaran. Maahad Tahfiz Yayasan Islam Kelantan juga menjadi rebutan ibu bapa pelajar dari luar Kelantan.
Dalam dunia yang semakin mencabar dan sarat dengan pelbagai masalah sosial adalah diharapkan agar para pelajar di sini akan dapat membina jati diri yang kukuh, daya juang dan daya saing yang tinggi.







Maahad Tahfiz Sains Al-Muhammadi, Bachok merupakan antara 4 buah sekolah tahfiz sains di seluruh Kelantan. Lain-lainnya MTS Biistanul Arifin Tumpat, MTS Nurul Aman Kok Lanas(KB), dan MTS Tanah Merah.

Sunday, January 1, 2012

Hari Pertama di Tahun 2012

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana masih memberikan kesempatan untuk terus beribadat dan melakukan kebajikan. Sesungguhnya umur umat Nabi Muhammad s.a.w antara 60 hingga 70 tahun.Baginda nabi sendiri pun wafat pada usia 63 tahun. Justeru semakin umur bertambah semakin pendeklah usia hidup kita. Perjalanan kita di dunia semakin menghampiri ke destinasinya-mati dan berpindah ke alam kubur sementara menuju ke alam akhirat yang kekal abadi.