Wednesday, April 25, 2012

Pelancaran Tabung Masjid AL EHSAN

Maahad Pengajian Islam Kota Bharu hari secara rasminya telah melancarkan Tabung Pembinaan Masjid Al Ehsan. Majlis perasmian dilakukan sendiri oleh MB Kelantan lebih kurang pukul 11.00 pagi tadi. Pembinaan masjid baru setinggi 3 tingkat ini dapat memenuhi dan menampung bilangan pelajar sekolah ini seramai 1400 orang. Masjid ini juga digunakan oleh jemaah yang tinggal di sekitar sekolah untuk menunaikan solat fardhu atau solat-solat sunat lain seperti solat terawih pada bulan puasa.
Sehubungan itu, satu majlis kenduri kesyukuran diadakan oleh pihak sekolah bagi membolehkan para pengunjung dan hadirin menjamu selera sambil menderma. Sebanyak lapan kawah gulai darat daging lembu disediakan sendiri oleh kakitangan sekolah dengan diketuai oleh Ustaz Mohd Zain. Di samping itu, 150 ekor ayam disumbang oleh warga sekolah, dan dimasak goreng pedas.




Acara memasak bermula seawal jam 5 petang semalam dengan menyembelih  dan melapah daging lembu.Kerja melapah dan memotong daging lembu disertai 50 pelajar dan siap menjelang 12 tengah malam. Kemudiannya barulah kerja menjerang dan memasak gulai kawah. Kerja memasak siap sepenuhnya menjelang jam 5.30 pagi tadi. Yang paling istimewanya gulai kawah disediakan oleh guru-guru lelaki bersama para pelajar lelaki. Manakala guru dan pelajar perempuan terlibat dalam kerja mengupas bawang dan menyiapkan rempah ratus. Sebahagian lagi menggoreng ayam utuk dijadikan ayam goreng pedas.
Hujan yang turun jam 10.00 malam semalam mencetus rasa cemas apabila tapak memasak dibanjiri  dan menyebabkan kawah gulai hampir tumbang. Dalam pada itu juga hujan menyebabkan kayu api basah dan lembap.

Rezeki Kakitangan Awam

Hari ini, 25 April 2012, kakitangan awam dapat menikmati kenaikan gaji sebanyak 7 hingga 13 % seperti yang diumumkan PM bulan Mac lalu. Kakitangan awam yang menikmati kenaikan 13% terdiri daripada kumpulan pengurusan dan profesional serta kumpulan sokongan.

Wednesday, April 11, 2012

Pertabalan KDYMM SPDA ke -14

Sejarah tercipta hari ini,
1.Buat pertama kali semenjak terbentuknya negara Malaysia, seorang sultan dtabalkan buat kali yang ke-2 sebagai Yang Dipertuan Agong, Ketua Negara Malaysia. Sultan Kedah Sultan Abdul Halim Shah selamat ditabalkan sebagai YDP Agong ke-14 dalam acara penuh adat istiadat diraja.
2.Buat pertama kalinya Istana Negara yang baharu digunakan sebagai tempat upacara pertabalan. YDP Agong ke-13 Sultan Mizan hanya beberapa bulan sahaja bersemayam di Istana baharu itu sebelum tempoh baginda tamat awal tahun ini.
3.Sultan ABdul Halim menaiki tahkta YDP Agong ke-5 semasa pentadbiran Tun Abdul Razak menjadi Perdana Menteri Malaysia. Pada hari ini, baginda sekali lagi dilantik sebagai YDP Agong ke -14 semasa pentadbiran keluarga Tun Abdul Razak(iaitu Datuk Seri Mohd Najib-Perdana Malaysia yang ke 5).
"Semoga Malaysia terus aman makmur dibawah pemerintahan Tuanku"