Islam adalah agama yang sempurna. Di dalamnya terangkum urusan dunia dan akhirat. Contohnya, solat dilaksanakan di dunia, pahalanya di akhirat.Islam menjadi panduan hidup dan cara hidup insan. Islam tidak memisahkan urusan dunia dan akhirat. Dunia menjadi jambatan menuju ke akhirat. Menjadi tempat atau ladang bagi manusia bercucuk tanam - melakukan kebajikan atau melakukan kerosakan. Hasilnya akan dinikmati di akhirat nanti. Apa yang dilakukan di dunia menjadi syer di akhirat nanti.
Berpolitik pun sama juga. Kuasa politik yang diamalkan akam menentukan hala tuju negara. Teramatlah ruginya jika ada orang yang berpolitik siang malam, tetapi tidak mendapat pengiktirafan Allah. Dalam solat berjemaah, tindakan imam dan makmum harus sesuai dengan petunjuk dan peraturan yang ditetapkan Allah dan RasulNya. Apabila imam salah atau khilaf, wajib atas makmum untuk menegur imam. Apabila imam tidak mendengar teguran makmum selepas beberapa kali ditegur, maka makmum wajib 'bercerai" dari imam supaya solatnya diterima. Demikianlah pula dalam kehidupan seharian kita itulah yang seharusnya dan sepatutnya berlaku demi mencapai kebahagiaan hidup dunia dan akhirat. Kerana akhirat adalah destinasi akhir bagi setiap manusia.
No comments:
Post a Comment