Tuesday, June 23, 2009

Hadiah Perkahwinan Buat Sepupuku


Tanggal 20 Jun yang lalu, bapa saudara telah selamat melangsungkan masjlis perkahwinan kedua-dua anak perempuan serentak. Dua pasangan pengantin dalam satu majlis. Save baget! Sebagai tanda kenangan, kami sekeluarga telah memberikan hadiah istemewa kepada kedua-dua pengantin.
Selamat Pengantin Baru, Semoga Jodoh Berkekalan dan Diberkati oleh Allah Sentiasa.

Thursday, June 18, 2009

Hari Guru di MPI

Inilah kali pertama aku menyambut hari guru di sekolah agama kerajaan negeri ,YIK. Sungguh banyak perbezaannya. sambutan dimulakan dengan zikir asma ul husna. diikuti ucapan wakil pelajar, wakil guru dan akhirnya ucapan serta perasmian oleh mudirah(pengetua) MPI. Tiadalah ucapan panjang meleret seperti yang biasa berlaku di sekolah akademik. tidak upacara memotong kek besar!.
Selesai perasmian, guru dipersembahkan dengan persembahan kadet polis sekolah dan pertunjukkan silat. Seseudah itu barulah giliran guru menunjukkan bakat terpendam dalam acara sukaneka - basikal lambat, belon nyawa, kupas dan kukur kepala. sangat meriah. Betapa mesra dan eratnya hubungan dan kerjasama antara guru YIK dan KPM, guru-guru lelaki dan perempuan berpadu tenaga dengan semangat kesukanan yang tinggi. 'espirit de corp'. MPI boleh!!!

'ibadurrahman......sambungan

sifat hamba yang disayangi Allah,
iv. manusia yang sentiasa berdoa agar dijauhi dari neraka jahanam yang mana azabnya sangat mengerikan dan tempat tinggal yang amat dahsyat. mereka ini kurang tidurnya. sentiasa mengerjakan solat dan berdoa pada waktu, terutamanya sebelum menjelangnya waktu subuh

Thursday, June 11, 2009

'Ibadurrahman

Antara sifat-sifat hamba yang disayangi Allah ialah

i. mereka yang berjalan di muka bumi dengan sopan dan lembah lembut.
-iaitu mereka yang tawadduk, sentiasa merendah diri bila sesama Islam dan tegas bila berhadapan dengan musuh Allah. Bukan golongan mereka yang sombong, berjalan di muka bumi Allah dengan tidak kisah akan orang lain.

ii. mereka yang apabila berhadapan dengan golongan yang mengeji dan memusuhinya, dibalasnya dengan perbuatan yang baik. Walau bagaimana jahatnya perbuatan golongan 'al jahiilun', mereka yang disayangi ALLAH ini tidak akan membalas balik, bahkan berbuat baik kepada si jahil tersebut.

iii. mereka yang bangun bersujud dan berdiri kepada ALLAH pada waktu malam.
-iaitu mereka yang senatiasa mengerjakan solat pada malam hari. Terdapat 3 bahagian pada waktu malam;
a. masuknya waktu maghrib hinggalah tengah malam
b. waktu tengah malam hinggalah 2- 3 pagi
c. waktu sebelum menjelangnya subuh, 4 - 5 pagi, waktu ini dikatakan saat-saat yang paling baik menghadap ALLAH, beribadat dan menghisab diri kita sendiri.

Wednesday, June 10, 2009

Antara harap dan takwa

Semalam kat masjid, ustaz beritahu bukan senang nak masuk syurga. Ulama dan lulusan Al Azhar pun tidak pasti lagi boleh masuk syurga walau ilmu penuh di dada, beribadat siang malam! Kalau senang mengapa hanya 10 orang yang dijamin syurga oleh rasulullah s.a.w. Sedangkan pada zaman itu ramai mereka yang berjuang bersama Baginda.
Solat yang ditunaikan belum tentu diterima Allah, kalau yang dilakukan itu bukan keranaNya. Apa lagi Allah pun kita tidak kenali. Tidak cukup hanya setakat mengetahui namaNya sahaja. Mengenali Allah perlu ilmu. Menuntut ilmu pula ada adabnya. Jika tidak beradab, ilmu yang dipelajari tidak membawa apa-apa makna. Tiada perubahan pada diri! Duduk berlunjur pun dikatakan tidak beradab, sementalahan lagi duduk bercakap-cakap!
Nak jumpa orang kenamaan, orang-orang besar pun susah, perlu pelajari adab dan protokol tertentu, apa lagi nak mengadap dan berjumpa Allah nanti.
Namun sebagai hamba kita perlulah terus beribadat kepadaNya. Senantiasa mengharapkan kepadaNya agar apa yang dilakukan diterima. Hati perlu sentiasa bersangka baik kepadaNya, dan Bertaqwalah kepadaNya.

Kita menikmati kehidupan di dunia ini juga tidak lebih daripada untuk menghadapi ujian Allah, yang dapat mengukur sejauh mana tahap ketakwaan kita terhadap Allah bukannya semata-mata berseronok.

Jika tidak diuji dengan pelbagai cubaan yang sebahagian besarnya adalah perkara tidak diingini oleh nafsu manusia, sudah tentu kita tidak dapat membuktikan diri kita sebagai seorang yang bertakwa.

Saturday, June 6, 2009

Ubi Kayu Gergasi

Baru baru ini aku bawalah 2 - 3 ketul ubi kayu ke rumah mertua di KB.
Kebetulan pula orang KL baru sampai.....meleleh air liur ...tak cukup !
pagi tadi aku cuba ler gali ubi kayu kat belakang rumah....kakak nak bawa balik ko KL.
Gali punya gali...terkejut kawe melihat isi ubi kayu yang ku tanam begini besar. Lihatlah adik beradiknyer yang lain kat sebelah tu. Ada nampak apa-apa perbezaan???
separuh lagi isinya masih dalam tanah, dah tak larat nak tarik keluar!
Tapi sayangnya ubi tersebut telah rosak, 'buruk'- mungkin terlalu lama dok berehat dalam tanah. Apa-apapun 'beraya' sakanlah ayam itik! Jimat belanja beli makanan depa.

Posted by Picasa