Semalam kat masjid, ustaz beritahu bukan senang nak masuk syurga. Ulama dan lulusan Al Azhar pun tidak pasti lagi boleh masuk syurga walau ilmu penuh di dada, beribadat siang malam! Kalau senang mengapa hanya 10 orang yang dijamin syurga oleh rasulullah s.a.w. Sedangkan pada zaman itu ramai mereka yang berjuang bersama Baginda.
Solat yang ditunaikan belum tentu diterima Allah, kalau yang dilakukan itu bukan keranaNya. Apa lagi Allah pun kita tidak kenali. Tidak cukup hanya setakat mengetahui namaNya sahaja. Mengenali Allah perlu ilmu. Menuntut ilmu pula ada adabnya. Jika tidak beradab, ilmu yang dipelajari tidak membawa apa-apa makna. Tiada perubahan pada diri! Duduk berlunjur pun dikatakan tidak beradab, sementalahan lagi duduk bercakap-cakap!
Nak jumpa orang kenamaan, orang-orang besar pun susah, perlu pelajari adab dan protokol tertentu, apa lagi nak mengadap dan berjumpa Allah nanti.
Namun sebagai hamba kita perlulah terus beribadat kepadaNya. Senantiasa mengharapkan kepadaNya agar apa yang dilakukan diterima. Hati perlu sentiasa bersangka baik kepadaNya, dan Bertaqwalah kepadaNya.
Kita menikmati kehidupan di dunia ini juga tidak lebih daripada untuk menghadapi ujian Allah, yang dapat mengukur sejauh mana tahap ketakwaan kita terhadap Allah bukannya semata-mata berseronok.
Jika tidak diuji dengan pelbagai cubaan yang sebahagian besarnya adalah perkara tidak diingini oleh nafsu manusia, sudah tentu kita tidak dapat membuktikan diri kita sebagai seorang yang bertakwa.
No comments:
Post a Comment