Monday, May 24, 2010

Fikir-fikirkan

Isu pembuangan bayi heboh diperkatakan seluruh masyarakat. Setiap hari pasti ada saja kes bayi bayi yang dibuang . Namun sedarkah kita bahawa tidak kurang juga ibu bapa yang dibuang oleh anak-anak mereka. Ibu bapa yang telah tua dibiarkan di hospital yang kononnya untuk untuk tujuan kesihatan dan perubatan. Namun berapa ramai yang dibiarkan begitu sahaja di sana setelah mereka ini sembuh. Namun yang lebih parah dan SADIS TERDAPAT anak menantu yang sanggup membiarkan Ibu bapa mereka di pusat jagaan orang tua.
Pernahkah kita berfikir tentang perkara ini

Friday, May 21, 2010

Wednesday, May 19, 2010

Dulu dan Kini

inilah rumah yang dahulunya menjadi kediaman orang melayu



di kampung....






namun banyak rumah melayu pada masa kini mengalami proses pemodenan,
separuh batu dan separuh kayu



Kini....unsur tradisional dan ciri-ciri kemalayuan hilang ditelan zaman. Proses pemodenan dan globalisasi telah menjadikan unsur barat semakin diterima sebagai budaya setempat.





rumah tradisional kini hanya menjadi bahan tarikan pelancong sahaja.

Monday, May 17, 2010

10 WASIAT HASSAN AL-BANNA
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

1)Wahai kawanku,
Segeralah tunaikan solat di awal waktu. Dikala mendengar azan.Usahakanlah semampu terdaya. Ini membuktikan kesungguhan anda. Di situ ada sumber kejayaan
Di situ ada sumber pertolongan. Di situ ada sumber taufiq. Perhatikanlah banyak perintah ayat al-Quran. ...dimulakan dengan menyebut solat di awalnya.Perhatikanlah Tuhan mensyariatkan solat... Juga di medan perang. Walaupun... Di saat genting dan cemas.

2)Wahai kawanku,
Bacalah al-Quran dan cuba memerhati mesejnya. Selalulah berzikir dan cari ilmu walaupun sedikit. Kurangilah dengan masa yang tidak bertujuan. Sesungguhnya al-Quran adalah sumber asli lautan ilmu. Sumber hidayah kepada anda dan saya.Bacalah al-Quran, kelak ia memberi syafaat. Sentiasalah membaca, menghafal dan... Cuba hayati mesej arahannya. Selalu berzikir, berzikir dan terus berzikir!!! Di sini ada ketenteraman
Di sini ada kedamaian. Di sini ada kesalaman Jadilah hamba yang sejahtera.

3)Wahai kawanku,
Dorongkanlah diri untuk menguasai Bahasa al-Quran Mulakan dulu walaupun sepatah perkataan Sebenarnya anda telah lama bermula Iaitu sejak anda solat setiap hari
Sebut dulu walaupun tak faham. Antara mala petaka pertama menimpa umat kita...
Ialah kecuaian menguasai bahasa agamanya. Juga mengutamakan bahasa pasar, Ayuh !!! Apa tunggu lagi?????? Bukalah ruang walaupun seminit !!!

4)Wahai kawanku,
Usahlah bertarung idea tanpa adabnya!!! Berdebatlah jika kiranya berbuahkan kebaikan Awasilah pertengkaran Kerana di sana ada unsur lain membisikkan?
Syaitannnn namanya !!!

5)Wahai kawanku,
Senyumlah selalu tapi bersederhanalah dalam ketawa !!! Rasulullah s.a.w adalah
yang paling banyak senyum Beliau ketawa kena pada tempatnya Tapi berpada-pada sahaja, wahai kawan ! Plato juga berharap agar pementasan hiburan... Yang tidak bermutu terlalu banyak ketawa bodoh Hanyalah disaksikan oleh golongan abdi
Dan orang upahan asing! Begitu juga Aristotle berpendapat Supaya golongan belia ditegah daripada menyaksikan hiburan-hiburan yang membolehkan perbuatan ketawa berlebih-lebihan. supaya tidak menular. Keburukan dalam diri!!!

6)Wahai kawanku,
Seriuslah selalu dan berguraulah berpatutan Tanpa serius, hilanglah
kesungguhan !!! Tanpa bergurau, tawarlah kehidupan Kata seorang penyair :
Berikan kerehatan pada jiwamu Yang sibuk dengan berfikir Ubati dengan bergurau
Tapi, Kalau mengubatinya dengan bergurau Mestilah dalam batas Seperti kau masukkan garam ke dalam gulai.

7)Wahai kawanku,
Kawallah nada suaramu Setakat yang diperlukan oleh pendengar di depanmu Janganlah jadi seperti orang bodoh. Bahkan menyakit hati orang lain pula!!!
Luqman El-Hakim juga mencela orang yang tidak pandai menjaga nada suara pada tempatnya. Itulah katanya suara keldai!!! Surah al-Isra' memberi tip kepada kita...
Jangan keraskan suramu dalam solat Tapi jangan pula merendahkannya
Carilah jalan tengah di antara keduanya.

8)Wahai kawanku,
Usahlah umpat mengumpat Usahlah merendah-rendahkan pertubuhan lain
Bercakaplah jika ada unsur kebajikan Ayuh!!! Hindarilah...mengumpat! Tidak sekali mencabuli jemaah-jemaah lain!!! Perkatakanlah kebaikan demi kebajikan bersama.
Sukakah anda memakan daging pasti anda suka!! Tapi sukakah anda memakan daging kawan anda yang telah mati?? Sekali-kali tidak!!! Begitulah dosa orang yang mengumpat. Bertaubatlah jika anda mengumpat Tapi mesti minta ampun terhadap orang umpatanmu bersama!!! Boleh mengumpat...apabila ada tujuan syarie.
-untuk menuntut keadilan apabila dizalimi
-untuk menghapuskan kemungkaran
-kerana memberi amaran kepada Muslim tentang kejahatan
-kerana mengisytiharkan kefasikan dan kejahatan.

9)Wahai kawanku,
Luaskanlah interaksimu dengan umat manusia Sekalipun mereka tidak diminta berbuat demikian!!! Salam kasih sayang adalah untuk semua Salam kemesraan adalah untuk sejagat. Hulurkanlah, hulurkanlah salam perkenalan...! Lihatlah pensyariatan ibadah haji. Pelbagai bangsa datang berkunjung!!! Pelbagai lapisan datang berkunjung!!!
Pelbagai darjat datang berkunjung!!! Sama-sama menjunjung obor suci
Tidak mengenali tapi tak sepi.

10)Wahai kawanku,
Maksimumkanlah faedah waktu anda dan Tolonglah orang lain supaya manfaatkan masa. Hadkanlah masa penunaiannya. Biasakan hidup berjadual di hadapan.
Bijaksanakanlah menggunakan waktu anda! Bersegeralah, kerana... Sabda Nabi s.a.w bermaksud : "Bertindak segeralah melakukan amal..." (Diulang 7 kali..)
Sayanglah masa saudaramu!!! Hormatilah waktu mereka!!!
Usahlah berbicara meleret-leret... Tanpa haluan dan noktahnya.

dipwtik dari mujib1.tripod.com/id4.html


Thursday, May 13, 2010

Tumbuhan Herba di Halaman Rumah


hempedu bumi-ubat untuk menurunkan darah tinggi, merawat kencing manis, antiradang, antibakteria, antivirus, melegakan demam dan pencair kahak. Ia juga digunakan sebagai pelawas pembuangan air besar, menghapuskan cacing dalam sistem pencernaan dan mempercepatkan pembekuan darah.

Cara menjadikannya ubat ialah merebus daun tersebut untuk mengambil airnya supaya boleh diminum.




Misai Kucing -dapat membuang dan mencuci toksik berlebihan dalam darah, membantu mengeluarkan bendalair berlebihan dalam sendi dan menggantikan kalium dalam badan yang hilang semasa pembuangan air kencing dan penyakit penyakit lain seperti gout, athritis, reumatik, batu karang, diabetis. Melawaskan pembuangan air kencing. Merawat penyakit kencing manis , mengurangkan kadar kolesterol dan tekanan darah tinggi.

Caranya: minum air rebusan pokok misai kucing(untuk kesan lebih baik, gunakan daun dan batang yang telah dikeringkan)

belimbing tanah/hutan - buahnya kecil, rasa masam boleh dimakan terus dan dapat menurunkan darah tinggi; air rebusan pokoknya jika diminum 2 kali sehari dapat menyembuhkan buasir, darah tinggi, kencing manis dan juga sakit buah pinggang


khasiat pokok ekor anjing - untuk merawat luka, jerawat dan demam panas serta sakit gigi.
>Bagi merawat demam panas, ambil beberapa batang pokok ekor anjing dan bersihkan sebelum ia direbus sehingga mendidih. Bila sudah suam, minulah perlahan-lahan. Amalkannya sehingga rasa panas itu berkurangan.
>Air rebusan itu juga boleh digunakan untuk mencuci luka dan mata yang sakit dan sebagai air kumuran untuk meredakan kesakitan gigi atau gusi yang bengkak.

>Untuk mengubat jerawat pula, daun ekor anjing yang sudah ditumbuk lumat disapukan pada bahagian muka yang ada jerawat. Seelok-eloknya amalan ini dilakukan sebelum kita tidur,


Wednesday, May 12, 2010

amni dah mulai berjalan


setelah seminggu mencuba, berdiri dan berjalan, akhirnya pada hari ini, amni dah tak nak duduk dan merangkak lagi.


...
sepanjang hari ini, amni zafirah dah mulai berjalan, berjalan dan berjalan....
Posted by Picasa

Thursday, May 6, 2010

Make Gulai Lembu di MPI

Sempena Majlis Penyampaian Anugerah Kecemerlangan Pelajar 2009, pihak sekolah telah menyembelih seekor lembu bagi meraikan para pelajar dan ibu bapa pelajar cemerlang. Sebanyak lima kawah gulai berjaya disediakan dan dimasak sendiri oleh kakitangan sekolah.

Majlis penyampaian hadiah bermula jam 9 pagi dan disempurnakan oleh Penolong Pengarah YIK.
Sebaik tamat majlis, para tetamu dan pelajar kemudiannya menikmati jamuan di dewan seolah. Penat lelah dan jerih perih para guru dan pelajar MPI memang berbaloi.

Sunday, May 2, 2010

Sedikit tapi Banyak...

Maso cuti barulah bini ambo buleh masok. Untuk make tengah hari takdi inilah yang telah sempat dimasok... Maklumlah samo samo kijo.....ambo ngajar sesi pagi, bini ambo pulok ngajar sesi pete. Anok beranok ambo ni bak make tak berapo kiro sangat....kalu masok lauk banyok banyok nanti dok abih pulok.


menu yang ringkas....ikan keli goreng, telur dadar, sayur bendi goreng bersotong...


sudah memadai untuk anak-anakku.....dah tak sabar sabar lagi

Lauknya sedikit...tiga jenis sahaja tapi sudah cukup banyak untuk kami 7 beranak...diet yang seimbang. Terima kasih isteriku....
....dan sebagai penutup menu, disediakan pula puding berkuah yang nampaknya cukup ringkas tapi rasanya begitu padat dan berkrim...

Happy Birthday to......Qistina Balqis







Sambutan ulangtahun ke 6 untuk Qistina Balqis...Walau sebiji kek namun itu sudah cukup untuk menggembirkan hati dan perasaan seorang anak. Terasa dirinya amat dekat dengan keluarganya.