Thursday, May 13, 2010

Tumbuhan Herba di Halaman Rumah


hempedu bumi-ubat untuk menurunkan darah tinggi, merawat kencing manis, antiradang, antibakteria, antivirus, melegakan demam dan pencair kahak. Ia juga digunakan sebagai pelawas pembuangan air besar, menghapuskan cacing dalam sistem pencernaan dan mempercepatkan pembekuan darah.

Cara menjadikannya ubat ialah merebus daun tersebut untuk mengambil airnya supaya boleh diminum.




Misai Kucing -dapat membuang dan mencuci toksik berlebihan dalam darah, membantu mengeluarkan bendalair berlebihan dalam sendi dan menggantikan kalium dalam badan yang hilang semasa pembuangan air kencing dan penyakit penyakit lain seperti gout, athritis, reumatik, batu karang, diabetis. Melawaskan pembuangan air kencing. Merawat penyakit kencing manis , mengurangkan kadar kolesterol dan tekanan darah tinggi.

Caranya: minum air rebusan pokok misai kucing(untuk kesan lebih baik, gunakan daun dan batang yang telah dikeringkan)

belimbing tanah/hutan - buahnya kecil, rasa masam boleh dimakan terus dan dapat menurunkan darah tinggi; air rebusan pokoknya jika diminum 2 kali sehari dapat menyembuhkan buasir, darah tinggi, kencing manis dan juga sakit buah pinggang


khasiat pokok ekor anjing - untuk merawat luka, jerawat dan demam panas serta sakit gigi.
>Bagi merawat demam panas, ambil beberapa batang pokok ekor anjing dan bersihkan sebelum ia direbus sehingga mendidih. Bila sudah suam, minulah perlahan-lahan. Amalkannya sehingga rasa panas itu berkurangan.
>Air rebusan itu juga boleh digunakan untuk mencuci luka dan mata yang sakit dan sebagai air kumuran untuk meredakan kesakitan gigi atau gusi yang bengkak.

>Untuk mengubat jerawat pula, daun ekor anjing yang sudah ditumbuk lumat disapukan pada bahagian muka yang ada jerawat. Seelok-eloknya amalan ini dilakukan sebelum kita tidur,


No comments:

Post a Comment