Sungguh cepatnya masa berlalu. Hari ini telah pun 11 hari kita berpuasa Ramadhan. Ini juga bermakna kita telah memasuki fasa kedua bulan Ramadhan. Sepuluh hari pertama adalah kerahmatan, sepuluh hari kedua adalah keampunan Allah dan sepuluh hari terakhir adalah menjauhkan kita dari api neraka.
Jika pada awal Ramadhan yang penuh dengan kerahmatan, masjid dipenuhi umat Islam walaupun hanya untuk bersolat isya dan tarawih. Mereka yang jarang berjemaah pun datang ke masjid pada bulan ini. Inilah rahmat Allah. Alhamdulillah.
Pada fasa kedua ini Allah akan memberi keampunan kepada umat Islam yang bersungguh-sungguh dan menghidupkan malam hari dengan melakukan pelbagai ibadat semata mata mengharapakan keredhaan dan keampunan dariNya
Merakam peristiwa, mencatat perjalanan kehidupan di sepanjang perjalanan menuju ke alam sebenar yang kekal abadi. Emel: amnizafirah@yahoo.com.my / md.shaidi@gmail.com
Saturday, August 21, 2010
Saturday, August 14, 2010
Puasa Bulan Ramadhan: Adat atau Ibadat
Sudah masuk hari keempat umat Islam berpuasa pada bulan Ramadhan. Namun adakah puasa kita ini diterima Allah dan diampuni olehNya kesalahan lalu kita? Seberapa ramai kita yang berpuasa namun tidak mendapat apa apa melainkan lapar dan dahaga.
Apakah puasa kita itu hanya kerana adat? Bulan Ramadhan umat Islam mesti berpuasa dengan hanya tidak makan dan minum pada sebelah siang hari. Orang lain berpuasa kita mesti juga berpuasa.
Betapa ada daripada kita yang berpuasa tetapi tidak menunaikan solat?. Berpuasa tetapi tidak menutup aurat. Berapa ramai orang Islam yang berpuasa namun masih berbuat maksiat dan melakukan apa yang ditegah Allah? Berpuasa itu wajib. Mesti ditunaikan kerana perintah Allah. Tetapa bagaimana dengan tuntutan menutup aurat dan bersolat 5 kali sehari semalam. Bukankah itu juga perintah dan suruhan Allah? Bukankah Islam itu dibina di atas 5 rukun.
Pada bulan ini bazar Ramadhan muncul dengan pelbagai jenis makanan. Hotel dan restoren menghidangkan buffet Ramadhan yang menawarkan pelbagai hidangan pada harga yang istemewa. Seolah-olah Ramadhan bulan pesta makanan, dan sememangnya amat ditunggu oleh peniaga dan pemilik hotel dan restoren. Kenapa pada bulan Ramadhan kita mesti berhabis habisan membeli pelbagai juadah berbuka sehinggakan berlakunya pembaziran. Jika dah makanan bertimbun, berbuka puasa pula di hotel dan restoren ternama, di manakah nilai ibadah berpuasa. Bukankah Allah menfardhukan puasa itu untuk memberikan peluang kepada umat Islam supaya lebih mendekatkan diri kepadaNya? Membersihkan diri dari segala keburukan?
Puasa yang benar benar diterima Allah adalah puasa yang ditunaikan dengan penuh keimanan dan keikhlasan. Pada bulan inilah pahala yang dikurniakan berlipat ganda. Siangnya mereka bersedekah dan beramal jariah. Malam hari dipenuhkan dengan bersolat sunat tarawih, bertadarus Al QUran dan berzikir. Berqiamullail.Pada bulan Ramadhan mereka akan berlumba-lumba beribadat dan mendekatkan diri kepada Allah dan mengharapkan keampunan dan keredhaanNYa.

Labels:
adat,
bazar ramadhan,
buffet ramadhan,
ibadat,
puasa
Saturday, August 7, 2010
Ramadhan Datang Lagi...
Seandainya Allah masih mengizinkan ...
Seandainya masih diberi kesempatan
Ramadhan akan diraikan pada hari Rabu bersamaan 11 Ogos 2010...
bulan penuh keberkatan dan kemuliaan...
di mana Al Quran diturunkan dari Luh Mahfuz....
seluruh umat islam diwajibkan berpuasa pada siang hari dan bersolat sunat tarawih pada malamnya
satu malam paling diberkati....Malam Lailatul Qadar
satu malam ibadat ....ganjarannya 1000 bulan
muslimin dan mukminin berlumba-lumba mendekatkan diri kepada Allah....
mencari dan merebut sebanyak mungkin ganjaranNya...

Subscribe to:
Posts (Atom)