Mengikut kata Pengarah JPS Kedah, hujan yang turun di Kedah awal isnin lepas menyamai jumlah satu bulan hujan. Dalam seminggu ini jumlah hujan yang turun keseluruhannya sama dengan jumlah hujan tahunan. Masya Allah....apakah maknanya ini?
Selalunya bila menjelang Monsun Timur Laut(November-Mac) negeri-negeri di Pantai Timur Semenanjung mengalami angin kencang dan hujan lebat dan seterusnya mengakibatkan banjir terutamanya di Kelantan, Terengganu dan Pahang.
Kini sebaliknya yang berlaku, negeri di Pantai Barat Semenanjung mendahului. Lebih 30 ribu penduduk dipindahkan di Kedah dan 20 ribu lebih di Perlis masih ditempatkan di beberapa pusat pemindahan banjir di kedua-dua negeri berkenaan. Lebih 20 sekolah telah ditutup mulai selasa lepas.
No comments:
Post a Comment