sehingga semalam, 29 April 2011...kerja memasang kayu bumbung telah 95% siap.
Merakam peristiwa, mencatat perjalanan kehidupan di sepanjang perjalanan menuju ke alam sebenar yang kekal abadi. Emel: amnizafirah@yahoo.com.my / md.shaidi@gmail.com
Saturday, April 30, 2011
Monday, April 25, 2011
Resah Gelisah
trend pengundi Cina....
nasib SNAP dalam pilihanraya DUN Sarawak 2011...mengikuti arus penolakan orang Cina terhadap komponen Barisan. PRU 12 2008, MCA kalah hampir semua kerusi ditandinginya.
namun undinya tidak ke pihak lain kecuali DAP. DAP semakin kukuh berkembang dan berjaya memerintah salah sebuah negeri maju di Malaysia.

Sunday, April 24, 2011
Friday, April 22, 2011
Pembinaan jambatan merentangi Sg Kelantan
Sunday, April 10, 2011
Pembinaan Jalan Bertingkat di Kota Bharu
Persimpangan utama menuju ke pusat bandar, Jalan Hamzah(pengguna dari arah Pasir Mas,Tanah Merah dan Jeli)- Jalan Kuala Krai(pengguna dari Gua Musang, Kuala Krai dan Machang)-Jalan Sultan Yahya Petra(pengguna dari Pasir Puteh,dan Bachok)
Kini sedang dalam proses pembinaan laluan bertingkat, bermula dari Pasir Pekan(seberang Sg Kelantan) melalui Jalan Hamzah dan berakhir di Wakaf Siku(depan Stesyen bas ekspress Langgar)
Kerja-kerja pembinaan sekarang ini secara tidak langsung mengganggu kelancaran lalu lintas terutama pada waktu pergi dan balik pejabat. Sebahagian jalan asal ditutup dan dipagari dengan kon pembinaan. Terima kasih kepada anggota polis Trafik Kota Bharu yangsetiap hari berdiri di sana membantu kelancaran lalu lintas .
Kota Bharu Menuju Perubahan
Friday, April 8, 2011
Oh Unserku
Setelah hampir satu bulan, akhirnya Toyota Unser kesayangan kini kembali ke garaj di rumahku di Desa Mustaqim. Penampilannya kini sungguh jauh berbeza berbanding dahulu. Tiada lagi sticker asal.Warnanya lebih terang.
Hari ini genap 3 minggu Toyota Unser kepunyaanku berada di bengkel. Itu pun kerana isteriku bercuti 60 hari sempena kelahiran puteri ketiga, puteri bongsu (barangkali!) daripada 6 orang anak. Sebaik dihantar ke bengkel mengetuk/mengecat kereta di Kok Lanas, musim hujan yang turun tiba-tiba menjejaskan sedikit kerja-kerja mengetuk dan mengecat.
Awal tahun ini, Unser yang selalu dipandu ke sekolah oleh isteriku mengalami sedikit kerosakan di bahagian sisi kanan. Akibat rempuhan oleh kereta seorang Pakcik, rim Unser rosak teruk dan sudah tidak dapat dipakai lagi. Menurut pemilik bengkel, kos pembaikan termasuk menyembur cat dijangka mencecah RM2500.00
Setelah 3 bulan berlalu dan berkebetulan pula isteri cuti bersalin, maka kereta ku itu dapatlah dihantar ke bangkel pada pertengahan bulan Mac lepas.

Thursday, April 7, 2011
Subscribe to:
Posts (Atom)