Setelah hampir satu bulan, akhirnya Toyota Unser kesayangan kini kembali ke garaj di rumahku di Desa Mustaqim. Penampilannya kini sungguh jauh berbeza berbanding dahulu. Tiada lagi sticker asal.Warnanya lebih terang.
Hari ini genap 3 minggu Toyota Unser kepunyaanku berada di bengkel. Itu pun kerana isteriku bercuti 60 hari sempena kelahiran puteri ketiga, puteri bongsu (barangkali!) daripada 6 orang anak. Sebaik dihantar ke bengkel mengetuk/mengecat kereta di Kok Lanas, musim hujan yang turun tiba-tiba menjejaskan sedikit kerja-kerja mengetuk dan mengecat.
Awal tahun ini, Unser yang selalu dipandu ke sekolah oleh isteriku mengalami sedikit kerosakan di bahagian sisi kanan. Akibat rempuhan oleh kereta seorang Pakcik, rim Unser rosak teruk dan sudah tidak dapat dipakai lagi. Menurut pemilik bengkel, kos pembaikan termasuk menyembur cat dijangka mencecah RM2500.00
Setelah 3 bulan berlalu dan berkebetulan pula isteri cuti bersalin, maka kereta ku itu dapatlah dihantar ke bangkel pada pertengahan bulan Mac lepas.
No comments:
Post a Comment