Pada hari Sabtu lepas, 14 Julai 2012 satu majlis forum telah berlangsung di Masjid Ketereh. Forum yang dipengerusikan oleh Dr Mohd Ariff ini membincangkan persediaan menyambut bulan ramadhan al mubarak dan kaitannya dengan kesihatan. Antara persediaan yang perlu dilakukan adalah menyucikan jiwa dan rohani. Ingatlah kita ini adalah hamba Allah.Hamba perlu selalu mentaati perintah tuannya tanpa apa-apa persoalan. Hanya sebulan dalam setahun Allah memerintahkan hambaNya berpuasa, menahan diri dari melakukan apa-apa yang sebelumnya halal dilakukan sepanjang waktu siang hari.
Sebelum menempuhi bulan Ramadhan, Allah dan Rasulullah (s.a.w) telah menggalakkan umatnya berpuasa sunat bermula dua bulan sebelumnya iaitu bulan Rejab dan Syaaban.Berpuasa sunat di sepanjang bulan-bulan tersebut selain mendapat balasan pahala yang melimpah, juga dapat melatih dan menyediakan diri secukupnya untuk latihan intensif(berpuasa) sebulan penuh pada bulan Ramadhan.
No comments:
Post a Comment