seiring pantasnya masa berlalu yang meninggalkan seribu peristiwa, begitulah juga dengan umur kita. Hidup ini sebuah perjalanan. Kita ini umpama pengembara. Mati - satu destinasi yang pasti akan dilalui semua. Sebagai seorang islam yang beriman, kita mesti percaya kepaya kehidupan semula, iaitu di negeri akhirat. Tempat tinggal yang kekal abadi. Justeru jangan kita terlupa, Dalam keasyikan meraikan sambutan hari lahir, sedarilah bahawa sebenarnya hayat hidup kita semakin pendek. Destinasi kematian semakin kita hampiri.
Cukuplah dengan apa yang telah Allah kurniakan. Ada makanan untuk dimakan. Ada rumah untuk berteduh, pakaian untuk dipakai dan anak-anak sebagai teman. Itu sudah memadai jika digunakan ke jalan Allah. Sebaliknya, hitungkanlah pula bekalan kita untuk hidup di negeri akhirat kelak. Jika bekalan kita cukup, kita akan bahagia, dan sebaliknya hidup yang amat menggerikan bagi kita yang tiada cukup bekalan.
Jadi, semasa dalam perjalanan hidup kita di dunia ini, kumpulkan sebanyak mungkin bekalan-amalan soleh, banyakkanlah berbuat kebajikan dan bersedekahlah. Inilah 'harta' yang laku di akhirat nanti. Di sana, wang ringgit dan harta bertimbun tiada nilainya.
No comments:
Post a Comment