Friday, July 31, 2009

Perubahan Laluan Lalulintas di Pusat Bandar Kota Bharu

Posted by Picasa
Bermula 11 Ogos 2009, beberapa laluan di pusat bandar KB akan dijadikan jalan sehala. Hal ini kerana semenjak beberapa tahun kebelakangan ini KB telah mulai menerima kesan negatif kepesatan urbanisasi.
Kedatangan pelancong ke Kelantan semakin meningkat. Proses pembangunan dan pembinaan bangunan semakin banyak. Pelabur luar telah banyak mebangunkan pasar raya besar yang dapat merancakkan lagi perkembangan KB dan Kelantan secara umumnya. Hotel mewah dan Kondominium mulai mewarnai guna tanah di bandar ini.
Lantaran itu, tidak hairanlah KB mulai sesak dengan manusia dan kenderaan. Kesesakan lalu lintas paling ketara berlaku semasa musim cuti, sama ada cuti hujung minggu atau cuti perayaan. Pelancong dari luar Kelantan masih berada di sini pada hari Ahad, sedangkan Ahad hari bekerja di Kelantan. Justeru itu keadaan bandar yang sesak tidak dapat dielakkan.
Mudah-mudahan dengan perubahan laluan dan pembukaan beberapa laluan baru diharapkan agar dapat melancarkan sedikit pergerakan kenderaan di KB.

No comments:

Post a Comment