Merakam peristiwa, mencatat perjalanan kehidupan di sepanjang perjalanan menuju ke alam sebenar yang kekal abadi. Emel: amnizafirah@yahoo.com.my / md.shaidi@gmail.com
Wednesday, March 17, 2010
Kisah Itik Serati
Naluri ibu....
perasaan sayang dan kasih akan anak pasti ada dalam diri seseorang yang bergelar ibu hatta ybinatang sekalipun. ibu itik akan menjaga dan mengeram telurnya sehingga menetas. Tidak akan meninggalkan sarangnya walau seminit. Justeru tidaklah menghairankan ke mana sahaja anaknya pergi pasti tak terlepas dari pemerhatian ibunya.
Kalaulah naluri keibuan ada di dalam sanubari, jerit perih mengandung selama 9 bulan pasti tidak dibuang merata-rata.
Gejala pembuangan bayi yang menjadi-jadi sekarang ini tidak lain tidak bukan akibat bayi yang dikandung terhasil bukan dengan kehendak siibu. Terhasil dari hubungan yang tidak sah, natijah daripada pergaulan bebas dan ketiadaan iman yang menjadi benteng kemaksiatan.
Namun, tidak dinafikan ada kes gadis dan perempuan mengandung angkara lelaki yang melampiaskan kejantanan mereka tanpa mengira sesiapa hatta kaum kerabat sendiri.
Labels:
bebas,
buang bayi,
ibu,
iman,
itik,
kaum,
kejantanan,
kerabat,
naluri,
pergaulan,
serati. anak
Saturday, March 13, 2010
My First Posting as A Teacher
Di sinilah (Sibu Wharf) sebermulanya perjalananku ke daerah Dalat. Perjalanan dengan bot mengambil masa kurang lebih 3 jam. Mula-mulanya takut juga, bak kata pepatah, "alah bisa tegal biasa".
Destinasi pertamaku sebagai guru, SMK Dalat. Tanggal 7.7.94 aku melapor diri untuk bertugas secara rasmi sebagai pendidik, membina jati diri dan modal insan yang bermanfaat kepada keluarga, masyarakat dan negara.
Barisan pendidik yang sanggup berkhidmat di pedalaman. Di tengah-tengah(berkot) ialah Ketua Jabatan pertamaku(Pengetua SMKD- Mr Rajaie Jana)
Pengalaman menyambut raya puasa buat pertama kalinya di tempat orang. Nak balik kampong, duit tak cukup. Terpaksalah. Rupa-rupanya beraya di sini lebih seronok.Lebih meriah. Tengoklah di atas meja tu..........kek lapis yangbermacam-macam fesyen memenuhi meja,....itu belum termasuk hidangan lain yang terhidang di atas meja tu. Minuman rasmi hari raya pulak.......air berkarbonat. Macam-macam perisa aadaaaa!!!!!! Mulanya tu takut juga nak minum biasanya di kampung kita dihidang dengan air teh/kopi/milo panas atau sejuk).Barisan pendidik yang sanggup berkhidmat di pedalaman. Di tengah-tengah(berkot) ialah Ketua Jabatan pertamaku(Pengetua SMKD- Mr Rajaie Jana)
Manalah tau kan,........perut kami ni belum bisa, pak! tapi......Alhamdulillah syukur perut kami dapat menerima dengan penuh kekenyangan.
Ini lagi satu,...... jika nak beraya dari rumah ke rumah, tak ada cara lain melainkan ........ Pertama kali aku menaiki sampan, mengharungi Batang Oya (cawangan Batang Rajang). Walaupun anak sungai, tapi sungainya sangat luas dan dalam. Berkali ganda dalamnya berbanding Sungai Kelantan
Ini satu lagi, di kampongku mana ada orang kampung bersepakat menghidangkan jamuan di sepanjang jalan. Di sini adat ini dipanggil "langgar meja"(macam rumah terbuka malaysia sekarang!!). Jadi sambutan sebegini sekurang-kurangnya dapat menghilangkan rinduku kat keluarga di kampong
Meyibukkan diri dengan aktiviti sekolah!!! Semangat muda masih membara. BBQ-perkhemahan pengakap di padang sekolah.
Kenangan paling manis sebelum berangkat pulang ke Kelantan, Berjaya meletakkan sekolah luar bandar pedalaman setara dengan sekolah lain di Bahagian Sibu
- menang tempat ketiga dalam Pertandingan Kuiz Geografi Peringkat Bahagian Sibu, 1997.
Itulah antara pengalaman berharga semasa di sana
Julai 1994 - Mei 1998
SMK DALAT,MUKAH, SARAWAK
Labels:
batang oya,
batang rajang,
cikgu,
first posting,
guru,
sibu wharf,
smk dalat
Alhamdulillah, syukur
Dengan kudrat dan iradat IIlahi,
Bumi Kelantan yang sebelum ini kegersangan, tali air kekeringan, sawah padi mengerkah kekeringan telah pulih kembali
Semenjak Khamis lepas, hujan mulai turun membasahi negeri 'Serambi Mekah"
Hari ini, langit mendung masih meyelubungi bumi ini.
Hujan kekadang lebat
Pokok yang dahulunya layu, dedaunan menguning dan berguguran...
kini,..dedaunan menghijau semula
Udara segar kembali.
Alhamdulillah...
Dengan kudrat dan iradat IIlahi,
Bumi Kelantan yang sebelum ini kegersangan, tali air kekeringan, sawah padi mengerkah kekeringan telah pulih kembali
Semenjak Khamis lepas, hujan mulai turun membasahi negeri 'Serambi Mekah"
Hari ini, langit mendung masih meyelubungi bumi ini.
Hujan kekadang lebat
Pokok yang dahulunya layu, dedaunan menguning dan berguguran...
kini,..dedaunan menghijau semula
Udara segar kembali.
Alhamdulillah...
Subscribe to:
Posts (Atom)