Saturday, March 13, 2010

My First Posting as A Teacher

Di sinilah (Sibu Wharf) sebermulanya perjalananku ke daerah Dalat. Perjalanan dengan bot mengambil masa kurang lebih 3 jam. Mula-mulanya takut juga, bak kata pepatah, "alah bisa tegal biasa".



Destinasi pertamaku sebagai guru, SMK Dalat. Tanggal 7.7.94 aku melapor diri untuk bertugas secara rasmi sebagai pendidik, membina jati diri dan modal insan yang bermanfaat kepada keluarga, masyarakat dan negara.

Barisan pendidik yang sanggup berkhidmat di pedalaman. Di tengah-tengah(berkot) ialah Ketua Jabatan pertamaku(Pengetua SMKD- Mr Rajaie Jana)

Pengalaman menyambut raya puasa buat pertama kalinya di tempat orang. Nak balik kampong, duit tak cukup. Terpaksalah. Rupa-rupanya beraya di sini lebih seronok.Lebih meriah. Tengoklah di atas meja tu..........kek lapis yangbermacam-macam fesyen memenuhi meja,....itu belum termasuk hidangan lain yang terhidang di atas meja tu. Minuman rasmi hari raya pulak.......air berkarbonat. Macam-macam perisa aadaaaa!!!!!! Mulanya tu takut juga nak minum biasanya di kampung kita dihidang dengan air teh/kopi/milo panas atau sejuk).
Manalah tau kan,........perut kami ni belum bisa, pak! tapi......Alhamdulillah syukur perut kami dapat menerima dengan penuh kekenyangan.


Ini lagi satu,...... jika nak beraya dari rumah ke rumah, tak ada cara lain melainkan ........ Pertama kali aku menaiki sampan, mengharungi Batang Oya (cawangan Batang Rajang). Walaupun anak sungai, tapi sungainya sangat luas dan dalam. Berkali ganda dalamnya berbanding Sungai Kelantan
Ini satu lagi, di kampongku mana ada orang kampung bersepakat menghidangkan jamuan di sepanjang jalan. Di sini adat ini dipanggil "langgar meja"(macam rumah terbuka malaysia sekarang!!). Jadi sambutan sebegini sekurang-kurangnya dapat menghilangkan rinduku kat keluarga di kampong

Meyibukkan diri dengan aktiviti sekolah!!! Semangat muda masih membara. BBQ-perkhemahan pengakap di padang sekolah.

makan tengah hari -perkhemahan pengakap sekolah

Pengambaran untuk Majalah Jerunai ...Guru Tingkatan 4D
guru tingkatan 5F

Kenangan paling manis sebelum berangkat pulang ke Kelantan, Berjaya meletakkan sekolah luar bandar pedalaman setara dengan sekolah lain di Bahagian Sibu
- menang tempat ketiga dalam Pertandingan Kuiz Geografi Peringkat Bahagian Sibu, 1997.

Itulah antara pengalaman berharga semasa di sana


Julai 1994 - Mei 1998
SMK DALAT,MUKAH, SARAWAK

No comments:

Post a Comment