Wednesday, March 17, 2010

Kisah Itik Serati


Naluri ibu....
perasaan sayang dan kasih akan anak pasti ada dalam diri seseorang yang bergelar ibu hatta ybinatang sekalipun. ibu itik akan menjaga dan mengeram telurnya sehingga menetas. Tidak akan meninggalkan sarangnya walau seminit. Justeru tidaklah menghairankan ke mana sahaja anaknya pergi pasti tak terlepas dari pemerhatian ibunya.


Kalaulah naluri keibuan ada di dalam sanubari, jerit perih mengandung selama 9 bulan pasti tidak dibuang merata-rata.
Gejala pembuangan bayi yang menjadi-jadi sekarang ini tidak lain tidak bukan akibat bayi yang dikandung terhasil bukan dengan kehendak siibu. Terhasil dari hubungan yang tidak sah, natijah daripada pergaulan bebas dan ketiadaan iman yang menjadi benteng kemaksiatan.
Namun, tidak dinafikan ada kes gadis dan perempuan mengandung angkara lelaki yang melampiaskan kejantanan mereka tanpa mengira sesiapa hatta kaum kerabat sendiri.

No comments:

Post a Comment