Thursday, September 30, 2010

Demam Peperiksaan Mulai Melanda

Peperiksaan awam yang mesti dilalui oleh setiap orang yang bergelar pelajar sekolah di seluruh Malaysia;

1-Peringkat sekolah rendah
a)Ujian Penilaian Sekolah Rendah(UPSR)
-diambil oleh pelajar Tahun 6 dan berumur 12 tahun

2-Peringkat Sekolah Menengah
a)Penilaian Menengah Rendah(PMR)
-diambil oleh semua pelajar Tingkatan 3 dan berusia 15 tahun
b)Sijil Pelajaran Malaysia(SPM)
-diambil oleh semua pelajar Tingkatan 5 dan berusia 17 tahun
c)Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia(STPM)
-pelajar Tingkatan 6 atas dan berumur 19 tahun

3-Bagi pelajar aliran agama, peperiksaan awam lebih kerap dan banyak berbanding pelajar aliran akademik biasa
a)Penilaian Menengah Rendah Ugama(PMRU)
-diambil oleh pelajar tingkatan 2 dan berusia 14 tahun
b)Sijil Menengah Ugama(SMU)
-diambil pelajar tingkatan 4 dan berumur 16 tahun
c)Sijil Tinggi Agama Malaysia(STAM)
-semua pelajar tingkatan 6 rendah dan berumur 18 tahun

Yang unik dan menariknya adalah semua peperiksaan ini berlangsung antara akhir bulan September hingga pertengahan Disember.
Antara mereka para pelajar sekolah aliran agama, alam persekolahannya pasti lebih menjerihkan kerana mereka akan menghadapi peperiksaan pada setiap tahun.Justeru tiga bulan terakhir ini pasti menjadikan pelajar sekolah tidak senang duduk dan resah gelisah. Namun keadaan ini merangsang para pelajar bertungkus lumus dan mengguna segala kudrat yang ada bagi mempastikan keputusan terbaik diperolehi nanti.
Keputusan cemerlang pasti memberikan mereka ini lebih peluang meninggikan ilmu dan nilai diri masing masing dan seterusnya menjanjikan kehidupan yang lebih selesa

Sunday, September 26, 2010

Perkampungan Kecemerlangan PMR 2010 MPI

Bermula minggu lepas, Selasa(21 september), semua pelajar PMR wajib mengikuti Perkampungan kecemerlangan PMR yang bermula dari pukul 2.40 petang dan berakhir 4.40 petang. Program selama seminggu ini akan berakhir pada hari Isnin, 27 September.

Dalam program ini, para pelajar akan didedahkan dengan pelbagai bentuk soalan PMR dan teknik menjawab soalan secara bijak. Latih tubi soalan ini diharapkan dapat mendedahkan para pelajar kepada bentuk dan jenis soalan yang sering dikemukakan dalam Peperiksaan PMR.

Untuk itu, para pelajar disediakan dengan makan tengahari yang disediakan oleh pihak kecemerlangan sekolah. Begitu dengan para guru disediakan makanan tengahari sebagai menghargai penglibatan dan kerjasama para guru dalam menjayakan program kecemerlangan PMR. Melalui program ini ini diharapkan MAAHAD PENGAJIAN ISLAM KOTA BHARU akan terus mencatat peningkatan kualiti dan kecemrlangan dalam PMR nanti.

Monday, September 20, 2010

Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri 1431H

Pada hari Rabu lepas, bersamaan 6 syawal, barulah kami berkesempatan berehat di rumah. Maklumlah semenjak raya pertama, rumah hanya menjadi tempat rehat pada waktu malam. Apabila siang menjelma, aktiviti berziarah pun bermula.
Hari raya kedua dan ketiga, kami di rumah ibu di Ketereh membuat persiapan untuk majlis pertunangan adik bongsu perempuan.
Antara tetamu yang menjamu selera, sanak saudara dan sahabat taulan...

Antara juadah hidangan ialah lontong, mee dan mihun goreng, cempedak goreng dan jejemput pisang. Tetapi yang paling laris pastinya lontong. Maklumlah makanan ini bukannya masakan kelantan, jadi para tetamu pastinya ingin menimati rasanya.

Thursday, September 16, 2010

Pagi Raya Aidil Fitri 1431H di Kota Bharu

Tahun ini, aku merayakan 1 Syawal 1431H di rumah mentua bersama beberapa abang dan adik ipar serta isteri , suami dan anak anak masing-masing. Sungguh meriah. Selepas solat sunat Aidilfitri di Masjid Muhammadi, kami terus berkumpul dan menikmati beberapa hidangan raya yang sempat disediakan oleh mak mentua(tuke masok lah katakan).




Sambil makan makan, kami merakam gambar kenangan-kenangan di hadapan rumah yang bakal dirobohkan untuk dijadikan tapak letak kereta Masjid Muhammadi Kota Bharu.

...peminat cilik 'The Red Warrior' merakam kenangan beraya bersama Piya

menikmati juadah raya...nasi kerabu, kuzi ayam dan sate...

Thursday, September 9, 2010

1 Syawal 1431H

Semalam telah diumumkan bahwa seluruh rakyat 1Malaysia akan menyambut Hari Raya Aidilfitri esok, bersamaan 10 September 2010. Maka seluruh rakyat mencukupkan 30 hari genap sebulan puasa Ramadhan hari ini.
Jadi dapatlah rakyat 1Malaysia yang beragama Islam membuat dan menyempurnakan persiapan terakhir bagi meraikan hari kemenangan melawan hawa nafsu dan diselamatkan Allah dari api neraka. Amin.

Sunday, September 5, 2010

Ramadhan Berlalu Syawal Menjelang

Begitu pantasnya masa berlalu, hari ini sudah 26 hari Ramadhan. Ini bermakna bulan bulan keberkatan ini akan berlalu dalam 3 atau 4 hari lagi. Bagi yang berpuasa kerana adat, pastinya persiapan untuk menyambut kedatangan 1 Syawal lebih meriah. Pasaraya dan pusat membeli belah menjadi tumpuan orang ramai. 1 Syawal tidak sah dan sempurna tanpa pakaian serba baru, perabot baru, langsir baru dan segala-galanya mesti baru. Maklumlah meraikan kejayaan berpuasa - menahan diri daripada makan dan minum sebulan bulan Ramadhan!
Kepada mereka yang berpuasa kerana beribadat kepada Allah dan mengharapkan keberkatan dan keredhaan Allah pasti akan bersedih.Peluang dan kebajikan yang dijanjikan Allah mesti direbut. Amal ibadat pasti dilipatgandakan, kerana bulan Ramadhan tahun depan belum tentu dapat ditemukan. Janji Allah pada 10 hari terakhir bulan Ramadhan adalah dilepaskan dari siksa dan azab api neraka.

Maksud hadis nabi,

Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam naik ke atas mimbar kemudian berkata: “Amin, amin, amin.” Para sahabat bertanya: “Kenapa engkau berkata amin, amin, amin, wahai Rasulullah?” Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda: “Telah datang malaikat Jibril dan ia berkata: “Celaka seseorang yang masuk bulan Ramadhan tetapi keluar dari bulan Ramadhan tidak diampuni dosanya oleh Allah dan katakanlah amin!” Maka aku berkata: “Amin.”

Kemudian Jibril berkata lagi: “Celaka seseorang yang mendapatkan kedua orang tuanya atau salah seorang dari keduanya masih hidup tetapi itu tidak memasukkan dia ke syurga dan katakanlah amin!” Maka kukatakan: “Amin.”

Kemudian Jibril berkata lagi: “Hai Muhammad celaka seseorang yang jika disebut nama engkau namun dia tidak berselawat kepadamu dan katakanlah amin!” Maka kukatakan: “Amin.”

(Hadis ini diriwayatkan oleh Tirmidzi, Ibn Hibban, Ahmad, Ibn Khuzaymah, Al-Hakim & disetujui oleh Az-Zahabi, Abu Yu’la, At-Tabrani dalam Al-Kabir & al-Awsat, At-Tayalisi, Al-Bukhari dalam Adab Al-Mufrad, Ibn Al-Ja’d)

Jadikanlah puasa kali ini sebagai jalan kita kembali ke agama Allah yang sebenarnya dan mentaati segala suruhan dan tegahanNya