Pada hari Rabu lepas, bersamaan 6 syawal, barulah kami berkesempatan berehat di rumah. Maklumlah semenjak raya pertama, rumah hanya menjadi tempat rehat pada waktu malam. Apabila siang menjelma, aktiviti berziarah pun bermula.
Hari raya kedua dan ketiga, kami di rumah ibu di Ketereh membuat persiapan untuk majlis pertunangan adik bongsu perempuan.
Antara juadah hidangan ialah lontong, mee dan mihun goreng, cempedak goreng dan jejemput pisang. Tetapi yang paling laris pastinya lontong. Maklumlah makanan ini bukannya masakan kelantan, jadi para tetamu pastinya ingin menimati rasanya.
No comments:
Post a Comment