Sedar atau tidak tahun 2012 dah hampir separuh kita lalui. Kesibukan kita dengan aktiviti kehidupan ini membuatkan masa berlalu pantas sekalli. Kini dah masuk bulan Mei. Para guru dan pelajar akan sibuk dengan persiapan peperiksaan pertengahan tahun. Bakal pengantin dah mula sibuk dengan persiapan dan kelengkapan menjadi 'Raja Sehari' menjelang cuti sekolah pada akhir bulan Mei nanti. Aku sendiri pun sudah menerima beberapa keping kad undangan kesyukuran dan walimatul urus.
Bermakna juga telah 5 bulan berpisah dengan anak sulong lelaki yang kini sedang belajar di sebuah sekolah berasrama penuh di Bachok. Mula-mula dulu terasa juga ketiadaannya. Agak-agaknya inilah perasaan setiap ibu bapa apabila anak-anak tiada di sisi. Apatah sekiranya anak-anak langsung tidak menjengah kedua-dua ibu bapa mereka di kampung. Betapa derita dan terseksanya batin ibu bapa .
Pada bulan Mei dan pada usia 14 bulan, anak kecilku sudah pandai mengatur langkah dan berjalan. Tak reti dok diam! Habis satu rumah dijejaki. Pantang grill pintu terbuka, alamatnya kenalah pi ambik di tempat parkir kereta atau di laman depan rumah. Baru boleh kakilah katakan!
No comments:
Post a Comment