Bermula pada Khamis lepas, rakyat Kelantan dijamu dengan 3 pesta yang berlangsung secara besar-besaran selama tiga hari bermula 3 Mei lepas. Rakyat Kelantan khususnya disekitar Jajahan Gua Musang dapat menyaksikan kemeriahan Karnival Komuniti 1 Malaysia yang berlangsung Pusat Sivik Gua Musang. Pelbagai acara dan persembahan kebudayaan dihidangkan untuk para pengunjung di sana.
Sementara itu di Kota Bharu bertempat di Terminal Makanan Negara Tunjung berlangsungnya karnival bersempena Pelancaran 'Rural Tranformation Center'(RTC Kelantan). Program selama tiga hari ini juga dirasmikan oleh PM Dato' Seri Mohd Najib lebih kurang jam 4.30 petang kelmarin. RTC Kelantan menjadi pusat pengumpulan dan pengedaran bahan-bahan makanan dan produk pertanian utama bagi negeri Kelantan dan kawasan sekitarnya.
Manakala karnival 'Walk With ME' berlangsung di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV. Acara utama program ini adalah berjalan bersama DYMM Sultan Kelantan di sekitar bandar Kota Bharu yang bermula pada jam 3.00 petang pada hari 3 Mei 2012 lepas. Di setiap perhentian disediakan satu persembahan kebudayan untuk tontonan para peserta "Walk with ME".
No comments:
Post a Comment