Monday, July 16, 2012

Ramadhan Datang Lagi...

Pada hari Sabtu lepas, 14 Julai 2012 satu majlis forum telah berlangsung di Masjid Ketereh. Forum yang dipengerusikan oleh Dr Mohd Ariff ini membincangkan persediaan menyambut bulan ramadhan al mubarak dan kaitannya dengan kesihatan. Antara persediaan yang perlu dilakukan adalah menyucikan jiwa dan rohani. Ingatlah kita ini adalah hamba Allah.Hamba perlu selalu mentaati perintah tuannya tanpa apa-apa persoalan. Hanya sebulan dalam setahun Allah memerintahkan hambaNya berpuasa, menahan diri dari melakukan apa-apa yang sebelumnya halal dilakukan sepanjang waktu siang hari.
Sebelum menempuhi bulan Ramadhan, Allah dan Rasulullah (s.a.w) telah menggalakkan umatnya berpuasa sunat bermula dua bulan sebelumnya iaitu bulan Rejab dan Syaaban.Berpuasa sunat di sepanjang bulan-bulan tersebut selain mendapat balasan pahala yang melimpah, juga dapat melatih dan menyediakan diri secukupnya untuk latihan intensif(berpuasa) sebulan penuh pada bulan Ramadhan.

Sunday, May 20, 2012

Akhirnya...Piala FA Dalam Genggaman

Kelantan mencipta mencipta sejarah tersendiri dalam Liga Bola Sepak Malaysia:

1. Pada tanggal 19 Mei, Kelantan menjuarai Piala FA setelah 22 tahun menunggu. Dalam dua percubaan sebelum ini, Pasukan The Red Warriors" gagal menjulang Piala FA. Walaubagaimana pun, gol tunggal minit ke- 58 melalui tendangan penalti oleh M. Ghaddar mengesahkan segalanya dan menewaskan Sime Darby.

2. Piala FA 2012 adalah piala baru yang diperkenalkan FAM. Piala ini ditempah dan dibuat oleh tukang-tukang perak ternama di Kelantan dengan kos RM 80K. Pasukan Kelantan pasukan pertama menempa nama di piala baru itu.

3.Kelantan mencipta juara bola sepak yang berbeza menerusi 3 jurulatih. Piala Malaysia 2010 bersama Sathianathan, Piala Liga Super 2011 bersama M.Karathu dan terbaru Piala FA 2012 bersama Bojan Hodak.

4. The Red Warriors berjaya mengumpulkan penyokong dan peminat fanatik yang setia dan tersendiri yang akan memenuhi Stadium pada setiap kali pasukan Kelantan beraksi, lebih-lebih lagi apabila bermain di stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu.

Saturday, May 5, 2012

Pesta untuk rakyat Kelantan Dalam Satu Minggu

Bermula pada Khamis lepas, rakyat Kelantan dijamu dengan 3 pesta yang berlangsung secara besar-besaran selama tiga hari bermula 3 Mei lepas. Rakyat Kelantan khususnya disekitar Jajahan Gua Musang dapat menyaksikan kemeriahan Karnival Komuniti 1 Malaysia yang berlangsung Pusat Sivik Gua Musang. Pelbagai acara dan persembahan kebudayaan dihidangkan untuk para pengunjung di sana.

Sementara itu di Kota Bharu bertempat di Terminal Makanan Negara Tunjung berlangsungnya karnival bersempena Pelancaran 'Rural Tranformation Center'(RTC Kelantan). Program selama tiga hari ini juga dirasmikan oleh PM Dato' Seri Mohd Najib lebih kurang jam 4.30 petang kelmarin. RTC Kelantan menjadi pusat pengumpulan dan pengedaran bahan-bahan makanan dan produk pertanian utama bagi negeri Kelantan dan kawasan sekitarnya.

Manakala karnival 'Walk With ME' berlangsung di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV. Acara utama program ini adalah berjalan bersama DYMM Sultan Kelantan  di sekitar bandar Kota Bharu yang bermula pada jam 3.00 petang pada hari 3 Mei 2012 lepas. Di setiap perhentian disediakan satu persembahan kebudayan untuk tontonan para peserta "Walk with ME".

Cepatnya putaran masa...

Sedar atau tidak tahun 2012 dah hampir separuh kita lalui. Kesibukan kita dengan aktiviti kehidupan ini membuatkan masa berlalu pantas sekalli. Kini dah masuk bulan Mei. Para guru dan pelajar akan sibuk dengan persiapan peperiksaan pertengahan tahun. Bakal pengantin dah mula sibuk dengan persiapan dan kelengkapan menjadi 'Raja Sehari' menjelang cuti sekolah pada akhir bulan Mei nanti. Aku sendiri pun sudah menerima beberapa keping kad undangan kesyukuran dan walimatul urus.

Bermakna juga telah 5 bulan berpisah dengan anak sulong lelaki yang kini sedang belajar di sebuah sekolah berasrama penuh di Bachok. Mula-mula dulu terasa juga ketiadaannya. Agak-agaknya inilah perasaan setiap ibu bapa apabila anak-anak tiada di sisi. Apatah sekiranya anak-anak  langsung tidak menjengah kedua-dua ibu bapa mereka di kampung. Betapa derita dan terseksanya batin ibu bapa .

Pada bulan Mei dan pada usia 14 bulan, anak kecilku sudah pandai mengatur langkah dan berjalan. Tak reti dok diam! Habis satu rumah dijejaki. Pantang grill pintu terbuka, alamatnya kenalah pi ambik di tempat parkir kereta atau di laman depan rumah. Baru boleh kakilah katakan!

Wednesday, April 25, 2012

Pelancaran Tabung Masjid AL EHSAN

Maahad Pengajian Islam Kota Bharu hari secara rasminya telah melancarkan Tabung Pembinaan Masjid Al Ehsan. Majlis perasmian dilakukan sendiri oleh MB Kelantan lebih kurang pukul 11.00 pagi tadi. Pembinaan masjid baru setinggi 3 tingkat ini dapat memenuhi dan menampung bilangan pelajar sekolah ini seramai 1400 orang. Masjid ini juga digunakan oleh jemaah yang tinggal di sekitar sekolah untuk menunaikan solat fardhu atau solat-solat sunat lain seperti solat terawih pada bulan puasa.
Sehubungan itu, satu majlis kenduri kesyukuran diadakan oleh pihak sekolah bagi membolehkan para pengunjung dan hadirin menjamu selera sambil menderma. Sebanyak lapan kawah gulai darat daging lembu disediakan sendiri oleh kakitangan sekolah dengan diketuai oleh Ustaz Mohd Zain. Di samping itu, 150 ekor ayam disumbang oleh warga sekolah, dan dimasak goreng pedas.




Acara memasak bermula seawal jam 5 petang semalam dengan menyembelih  dan melapah daging lembu.Kerja melapah dan memotong daging lembu disertai 50 pelajar dan siap menjelang 12 tengah malam. Kemudiannya barulah kerja menjerang dan memasak gulai kawah. Kerja memasak siap sepenuhnya menjelang jam 5.30 pagi tadi. Yang paling istimewanya gulai kawah disediakan oleh guru-guru lelaki bersama para pelajar lelaki. Manakala guru dan pelajar perempuan terlibat dalam kerja mengupas bawang dan menyiapkan rempah ratus. Sebahagian lagi menggoreng ayam utuk dijadikan ayam goreng pedas.
Hujan yang turun jam 10.00 malam semalam mencetus rasa cemas apabila tapak memasak dibanjiri  dan menyebabkan kawah gulai hampir tumbang. Dalam pada itu juga hujan menyebabkan kayu api basah dan lembap.

Rezeki Kakitangan Awam

Hari ini, 25 April 2012, kakitangan awam dapat menikmati kenaikan gaji sebanyak 7 hingga 13 % seperti yang diumumkan PM bulan Mac lalu. Kakitangan awam yang menikmati kenaikan 13% terdiri daripada kumpulan pengurusan dan profesional serta kumpulan sokongan.

Wednesday, April 11, 2012

Pertabalan KDYMM SPDA ke -14

Sejarah tercipta hari ini,
1.Buat pertama kali semenjak terbentuknya negara Malaysia, seorang sultan dtabalkan buat kali yang ke-2 sebagai Yang Dipertuan Agong, Ketua Negara Malaysia. Sultan Kedah Sultan Abdul Halim Shah selamat ditabalkan sebagai YDP Agong ke-14 dalam acara penuh adat istiadat diraja.
2.Buat pertama kalinya Istana Negara yang baharu digunakan sebagai tempat upacara pertabalan. YDP Agong ke-13 Sultan Mizan hanya beberapa bulan sahaja bersemayam di Istana baharu itu sebelum tempoh baginda tamat awal tahun ini.
3.Sultan ABdul Halim menaiki tahkta YDP Agong ke-5 semasa pentadbiran Tun Abdul Razak menjadi Perdana Menteri Malaysia. Pada hari ini, baginda sekali lagi dilantik sebagai YDP Agong ke -14 semasa pentadbiran keluarga Tun Abdul Razak(iaitu Datuk Seri Mohd Najib-Perdana Malaysia yang ke 5).
"Semoga Malaysia terus aman makmur dibawah pemerintahan Tuanku"