Thursday, December 10, 2009

Bah di Kota Bharu - gelombang Ke 2



Banjir melanda lagi. Musim tengkujuh (Nov -Mac) baru bermula, tetapi curahan hujan begitu lebat berlaku semenjak pernghujung bulan Sepetember lagi. Kemuncaknya seluruh Kelantan dilanda banjir pada pertengahan bulan Oktober. Bukan seperti tahun-tahun lalu, ,kebiasaannya pertengahan November dan Disember baru berlaku banjir.


Namun yang lebih menghairankan, negeri di sebelah pantai barat semenanjung juga dilanda banjir. Bermula dengan negeri Kedah, dan kemudiannya Perak.
Inilah yang dikatakan bala bencana.

.....kesemuanya kesejukan. (bergambar di hadapan rumah dijalan post office lama kota bharu)


Dalam bulan Oktober sahaja 2 kali berlaku banjir. Nasib baik airnya cepat surut. Bolehlah ibadat korban dilaksanakan walaupun dalam suasana banjir. Kelodak (selut) masih kedapatan. Habis lembu korban berpalit selut.


(ibadah korban di kg penambang)

Friday, October 23, 2009

Majlis Khatam Al-Quran

lagi gambar-gambar majlis khatam Quran......








Posted by Picasa

Majlis Khatam Quran SK Mulong 1,Kota Bharu

Bersarapan dahulu sebelum ke sekolah.
Dalam bekas tupperware oren tu isi bubuh semangatyang umi dio buat! Umi pon turut bersemangat...maklumler anak lelaki sulong dia nak khatam quran, kan?














...para pelajar berkumpul dalam dewan. ad0 80 orang kesemuonya.
Nampoknya pelajar perempuan lebih ramai. Al maklumlah akhir zaman, kaum hawa sudah mengatasi kaum adam!!



























anakku, muhammad ajwad, 10 tahun....yang tengah dakap quran tu...

Posted by Picasa

Monday, October 19, 2009

Musim Peralihan Monsun

Sejak awal bulan oktober lalu, hujan lebat pasti berlaku di hampir seluruh kelantan. Pada masa yang sama angin kencang, kilat berserta petir turut sama melanda.Fenomena ini berlaku setiap petang, terutamanya selepas waktu asar dan berlanjutan sehingga waktu maghrib. Kekadang berlaku waktu senja. Hujan yang turun ini dikenali sebagai hujan perolakan. Keadaan permukaan bumi yang panas pada sebelah pagi dan tengah hari menyebabkan banyak wap air tersejat dan naik ke lapisan atas atmosfera sehingga membentuk lapisan awan kumulus -awan mendung. Proses pemeluwapan yang betrerusan mengakibatkan awan makin membesar dan meninggi membentuk awan kumulonimbus, yang akhirnya menyebakan berlakunya hujan lebat, kilat dan petir berlaku pada lewat petang.
Hujan perolakan berlaku pada bulan April dan Oktober dan menyebabkan negara kita menerima hujan maksimum

Wednesday, August 26, 2009

terima kasih

Semenjak perubahan kepada laluan sehala, pergerakan lalu lintas dalam bandar kota bharu begitu lancar. Bermula dari bulatan jam besar aku terus ke pusat bandar tanpa tersangkut-sangkut. laluan 4 lorong begitu menyelesakan. Boleh terus ke Pasaraya Parkson (yang baru dibuka-di parit dalam) atau ke Pasar Siti Khatijah. Pagi tadi aku gi beli kasut raya untuk anak-anak. Dapat pulak 'parking' di tepi kedai Bata. Terus masuk kedai. kaki tak penat berjalan. Peluh pun tak keluar. Tak perlu bersusah payah cari 'lot parking', yang sememangnya masalah utama di banadar KB.
Kalau 'pandu stret' boleh terus ke bazar buluh kubu atau terus ke masjid muhammadi. Cepat dan Selesa.
Terima kasih orang-orang MPKB-BRI.

Sunday, August 23, 2009

52 TAHUN MERDEKA!

MERDEKA! !!
MERDEKA!!!
MERDEKA! !!
MERDEKA!!!
MERDEKA! MERDEKA!MERDEKA!





MANIFESTASI GOLONGAN MUDA DI SEBUAH TAMAN PERUMAHAN YANG JAUH DI PEDALAMAN....DI SEBALIK BUKIT (BUKIT KECIK). TAKLAH ULU. JARAKNYA CUMA 23 KM SAJA DARI KOTA BHARU, MELALUI JALAN KOTA BHARU-KUALA KRAI.....
MASIH LAGI TERPAHAT
DAN TERSEMAT DALAM JIWA RAGANYA
AKAN MAKNA DAN HARGANYA
JALUR GEMILANG,
MEGAH BERKIBAR ....
BERKIBARAN ...
BEGITULAH KITA ,
52 TAHUN TELAH TERLEPAS DARI CENGKAMAN KOLONIAL
BEBAS MERENCANA ,
MEMBANGUNKAN NEGARA.
namun....
BEBAS....TAK BERMAKNA AKIDAH ISLAM DIBELAKANGKAN!
BEBASNYA SEHINGGA "TAK BOLEH JAGA TEPI KAIN ORANG"
BEBAS....SEHINGGAKAN MATERIALISTIK , INDIVIDUALISTIK MENJADI PEGANGAN DAN AMALAN
ADAKAH ITU MERDEKA KITA.....
SEDARILAH....
BAHAWA SUATU MASA SUATU KETIKA NANTI BEBAS KITA INI AKAN MEMENJARAKAN, MENGAZABKAN KITA...
SEBELUM TERLAMBAT...KEMBALILAH
KE JALAN ISLAM....DAN JADIKAN ISLAM
SEBAGAI CARA HIDUP KITA

Posted by Picasa

Monday, August 17, 2009

jumaat dalam ingatan

Tarikh 14 OGOS 2009, pasti akan terus diingati....
hari itu hari Jumaat
seperti biasa aku ke masjid negeri di bandar KB
tepat jam 1.20 muazzin melaungkan azan.....
sementara menunggu khutbah dan solat...
para jemaah bangun menunaikan solat sunat,
selesai solat sunat, semua jemaah masjid diam menanti khutbah dibaca.....
tetapi penantian pada kali ini begitu memedihkan..
jam 2.10 petang, khatib masih lagi bersila di atas sejadah masjid!!!
jemaah telah lama menunggu.....
yang tidak sabar terus turun dan keluar
yang banyak mulut mula membebel...
ada yang menunaikan solat zuhur
2,15 petang baru kedengaran siren polis....
isyarat pembesar yang ditunggu
2.20 petang khutbah dibaca
2.25 petang barulah solat Jumaat dapat disempurnkan
itulah resam dunia

Monday, August 10, 2009

makan durian


musim durian tahun ni agak menjadi. sepanjang jalan ketereh - melor menjadi lokasi pilihan penjaja durian yang rata-ratanya terdiri daripada makcik-makcik. Durian yang dijual ada yang dari kebun sendiri atau yang dipajak. ada juga yang membeli durian penduduk tempatan , dan kemudiannya dijual. Harganya tentulah lain sikit, berbanding durian dari kebun sendiri.
Walaupun durian kampung, isi dan rasanya boleh tahan jugak. Tidak memuakkan...tak seperti durian siam, seulas saja yang dapat dipulun!!!
Sehingga hari ,aku pun dah tak ingat berapa puluh biji yang telah dipulun. Puas kulum mentah-mentah, aku makan ngan pulut santan. Paling tidak pun make saja ngan nasi biasa, bubuh air, garam dan sedikit gula sebagai penambah rasa. Alhmamdulillah!!!

Posted by Picasa
Kerja-kerja pembinaan sedang rancak dilakukan. Di sesetengah laluan yang dibuka untuk dijadiakan jalan sehala telahpun diturap. Adalah diharapkan agar kerja melebarkan jalan akan melancarkan aliran trafik kenderaan di dalam bandar Kota Bharu pada masa depan. Tiada lagi tersengguk-sengguk dalam kesesakan trafik.

Saturday, August 1, 2009

5 Perkara Yang Kita Mahukan

Kita semua akan berusaha untuk mendapatkannya:-
1:wajah yang cantik
2:duit yang banyak
3:kesihatan yang baik
4:anak-anak yang cerdik dan berjaya macam kita
5:tidur yang nyenyak tanpa ganguan

....percaya dan yakinilah, semua itu bisa kita perolehi dengan meluangkan
hanya 15minit setiap hari.


Sabda Nabi Muhammad saw yang bermaksud:

"Barang siapa yang tinggalkan solat subuh tiadalah padanya nur di wajahnya
dan siapa yang tinggalkan solat zohor tiadalah padanya rezeki yang berkat
dan barang siapa yang tinggalkan solat asar tiadalah padanya kekuatan badan,dan
siapa yang tinggalkan solat maghrib tiadalah padanya anak-anak yang bermanfaat
dan barangsiapa yang tinggalkan solat isyak tiadalah padanya tidur yang nyenyak"

بلغ عن الرسول (صلى الله عليه وآله وسلم ) ولو آية

sampaikanlah daripada nabi muhammad (saw) itu walaupun satu ayat

Friday, July 31, 2009

Perubahan Laluan Lalulintas di Pusat Bandar Kota Bharu

Posted by Picasa
Bermula 11 Ogos 2009, beberapa laluan di pusat bandar KB akan dijadikan jalan sehala. Hal ini kerana semenjak beberapa tahun kebelakangan ini KB telah mulai menerima kesan negatif kepesatan urbanisasi.
Kedatangan pelancong ke Kelantan semakin meningkat. Proses pembangunan dan pembinaan bangunan semakin banyak. Pelabur luar telah banyak mebangunkan pasar raya besar yang dapat merancakkan lagi perkembangan KB dan Kelantan secara umumnya. Hotel mewah dan Kondominium mulai mewarnai guna tanah di bandar ini.
Lantaran itu, tidak hairanlah KB mulai sesak dengan manusia dan kenderaan. Kesesakan lalu lintas paling ketara berlaku semasa musim cuti, sama ada cuti hujung minggu atau cuti perayaan. Pelancong dari luar Kelantan masih berada di sini pada hari Ahad, sedangkan Ahad hari bekerja di Kelantan. Justeru itu keadaan bandar yang sesak tidak dapat dielakkan.
Mudah-mudahan dengan perubahan laluan dan pembukaan beberapa laluan baru diharapkan agar dapat melancarkan sedikit pergerakan kenderaan di KB.

Kain Tudung Manik dan Kristal






Kain tudung manik dan kristal
ada macam-macam corak dan warna pilihan

Harga: RM 50.00(termasuk kos penghantaran)

Hubungi: Yusni (o13-9201370)

Posted by Picasa

Kuasa Allah

Pokok epalku tumbang!!!

Berlaku petang Selasa lalu, angin begitu kencang. Sebelum ini hujan selalu turun setiap hari lewat patang, namun pada hari itu, hujan turun begutu lebat , diserta anginnya yang sangat kuat(boleh dipanggil ribut). Mulai asar sehinggalah waktu maghrib
Melanda di kawasan ketereh, terutama di kampung Buluh Poh, berhampiran kawasan perumahan kawe. Angin kencang telah menanggalkan dan menerbangkan atap zink rumah penduduk kampung. Gerai durian di tepi jalan sepanjang laluan ketereh - melor tumbang. Bumbung pusat belajar Al Quran tempat anak kawe belajar juga tertanggal. Air memenuhi kelas. Pengajian Al Quran terpaksa ditangguhkan sementara

Tidak ketinggalan juga kawasan perumahan kawe. Kawe bersyukur, hanya pokok dan reban ayam itik di belakang rumah sahaja yang tumbang
kesiannya ayam itik kawe.......kesejukan dalam hujan!!!!
Awan mendung masih menyelubungi pada setiap petang, terutamanya selepas waktu asar. Hujan lebat disertai angin kencang ini berlarutan. Biasanya mulai reda apabila tiba waktu maghrib

Posted by Picasa

Tuesday, July 14, 2009

Khas Buat Kakitangan Kerajaan

USB MODEM-kecil, nipis, slot memori sehingga 2GB
Tawaran istimewa untuk kakitangan kerajaan, pakejj celcom broadband hanya RM50 sahaja sebulan. Tawaran sah sehingga 31 Julai 2009.
Ini pun aku tahu dari cerita orang.
Aku pun bersama teman pergi le ke Celcom Ofis kat Kota Bharu, dan 'confirm'!!!
Kena bayar daftar RM200 termasuk deposit 3 bulan(monthly payment bill) Rugi kalu ambil.
Sebelum ni aku dah pun register pakej RM68 sebulan, jadi dapatle jimat RM18 beb!
Pakej lama tu boleh di 'terminate' bila pakej baru dah 'online'

Friday, July 10, 2009

'Destinasi Pengembara Dunia'

seiring pantasnya masa berlalu yang meninggalkan seribu peristiwa, begitulah juga dengan umur kita. Hidup ini sebuah perjalanan. Kita ini umpama pengembara. Mati - satu destinasi yang pasti akan dilalui semua. Sebagai seorang islam yang beriman, kita mesti percaya kepaya kehidupan semula, iaitu di negeri akhirat. Tempat tinggal yang kekal abadi. Justeru jangan kita terlupa, Dalam keasyikan meraikan sambutan hari lahir, sedarilah bahawa sebenarnya hayat hidup kita semakin pendek. Destinasi kematian semakin kita hampiri.
Cukuplah dengan apa yang telah Allah kurniakan. Ada makanan untuk dimakan. Ada rumah untuk berteduh, pakaian untuk dipakai dan anak-anak sebagai teman. Itu sudah memadai jika digunakan ke jalan Allah. Sebaliknya, hitungkanlah pula bekalan kita untuk hidup di negeri akhirat kelak. Jika bekalan kita cukup, kita akan bahagia, dan sebaliknya hidup yang amat menggerikan bagi kita yang tiada cukup bekalan.
Jadi, semasa dalam perjalanan hidup kita di dunia ini, kumpulkan sebanyak mungkin bekalan-amalan soleh, banyakkanlah berbuat kebajikan dan bersedekahlah. Inilah 'harta' yang laku di akhirat nanti. Di sana, wang ringgit dan harta bertimbun tiada nilainya.

Tuesday, June 23, 2009

Hadiah Perkahwinan Buat Sepupuku


Tanggal 20 Jun yang lalu, bapa saudara telah selamat melangsungkan masjlis perkahwinan kedua-dua anak perempuan serentak. Dua pasangan pengantin dalam satu majlis. Save baget! Sebagai tanda kenangan, kami sekeluarga telah memberikan hadiah istemewa kepada kedua-dua pengantin.
Selamat Pengantin Baru, Semoga Jodoh Berkekalan dan Diberkati oleh Allah Sentiasa.

Thursday, June 18, 2009

Hari Guru di MPI

Inilah kali pertama aku menyambut hari guru di sekolah agama kerajaan negeri ,YIK. Sungguh banyak perbezaannya. sambutan dimulakan dengan zikir asma ul husna. diikuti ucapan wakil pelajar, wakil guru dan akhirnya ucapan serta perasmian oleh mudirah(pengetua) MPI. Tiadalah ucapan panjang meleret seperti yang biasa berlaku di sekolah akademik. tidak upacara memotong kek besar!.
Selesai perasmian, guru dipersembahkan dengan persembahan kadet polis sekolah dan pertunjukkan silat. Seseudah itu barulah giliran guru menunjukkan bakat terpendam dalam acara sukaneka - basikal lambat, belon nyawa, kupas dan kukur kepala. sangat meriah. Betapa mesra dan eratnya hubungan dan kerjasama antara guru YIK dan KPM, guru-guru lelaki dan perempuan berpadu tenaga dengan semangat kesukanan yang tinggi. 'espirit de corp'. MPI boleh!!!

'ibadurrahman......sambungan

sifat hamba yang disayangi Allah,
iv. manusia yang sentiasa berdoa agar dijauhi dari neraka jahanam yang mana azabnya sangat mengerikan dan tempat tinggal yang amat dahsyat. mereka ini kurang tidurnya. sentiasa mengerjakan solat dan berdoa pada waktu, terutamanya sebelum menjelangnya waktu subuh

Thursday, June 11, 2009

'Ibadurrahman

Antara sifat-sifat hamba yang disayangi Allah ialah

i. mereka yang berjalan di muka bumi dengan sopan dan lembah lembut.
-iaitu mereka yang tawadduk, sentiasa merendah diri bila sesama Islam dan tegas bila berhadapan dengan musuh Allah. Bukan golongan mereka yang sombong, berjalan di muka bumi Allah dengan tidak kisah akan orang lain.

ii. mereka yang apabila berhadapan dengan golongan yang mengeji dan memusuhinya, dibalasnya dengan perbuatan yang baik. Walau bagaimana jahatnya perbuatan golongan 'al jahiilun', mereka yang disayangi ALLAH ini tidak akan membalas balik, bahkan berbuat baik kepada si jahil tersebut.

iii. mereka yang bangun bersujud dan berdiri kepada ALLAH pada waktu malam.
-iaitu mereka yang senatiasa mengerjakan solat pada malam hari. Terdapat 3 bahagian pada waktu malam;
a. masuknya waktu maghrib hinggalah tengah malam
b. waktu tengah malam hinggalah 2- 3 pagi
c. waktu sebelum menjelangnya subuh, 4 - 5 pagi, waktu ini dikatakan saat-saat yang paling baik menghadap ALLAH, beribadat dan menghisab diri kita sendiri.

Wednesday, June 10, 2009

Antara harap dan takwa

Semalam kat masjid, ustaz beritahu bukan senang nak masuk syurga. Ulama dan lulusan Al Azhar pun tidak pasti lagi boleh masuk syurga walau ilmu penuh di dada, beribadat siang malam! Kalau senang mengapa hanya 10 orang yang dijamin syurga oleh rasulullah s.a.w. Sedangkan pada zaman itu ramai mereka yang berjuang bersama Baginda.
Solat yang ditunaikan belum tentu diterima Allah, kalau yang dilakukan itu bukan keranaNya. Apa lagi Allah pun kita tidak kenali. Tidak cukup hanya setakat mengetahui namaNya sahaja. Mengenali Allah perlu ilmu. Menuntut ilmu pula ada adabnya. Jika tidak beradab, ilmu yang dipelajari tidak membawa apa-apa makna. Tiada perubahan pada diri! Duduk berlunjur pun dikatakan tidak beradab, sementalahan lagi duduk bercakap-cakap!
Nak jumpa orang kenamaan, orang-orang besar pun susah, perlu pelajari adab dan protokol tertentu, apa lagi nak mengadap dan berjumpa Allah nanti.
Namun sebagai hamba kita perlulah terus beribadat kepadaNya. Senantiasa mengharapkan kepadaNya agar apa yang dilakukan diterima. Hati perlu sentiasa bersangka baik kepadaNya, dan Bertaqwalah kepadaNya.

Kita menikmati kehidupan di dunia ini juga tidak lebih daripada untuk menghadapi ujian Allah, yang dapat mengukur sejauh mana tahap ketakwaan kita terhadap Allah bukannya semata-mata berseronok.

Jika tidak diuji dengan pelbagai cubaan yang sebahagian besarnya adalah perkara tidak diingini oleh nafsu manusia, sudah tentu kita tidak dapat membuktikan diri kita sebagai seorang yang bertakwa.

Saturday, June 6, 2009

Ubi Kayu Gergasi

Baru baru ini aku bawalah 2 - 3 ketul ubi kayu ke rumah mertua di KB.
Kebetulan pula orang KL baru sampai.....meleleh air liur ...tak cukup !
pagi tadi aku cuba ler gali ubi kayu kat belakang rumah....kakak nak bawa balik ko KL.
Gali punya gali...terkejut kawe melihat isi ubi kayu yang ku tanam begini besar. Lihatlah adik beradiknyer yang lain kat sebelah tu. Ada nampak apa-apa perbezaan???
separuh lagi isinya masih dalam tanah, dah tak larat nak tarik keluar!
Tapi sayangnya ubi tersebut telah rosak, 'buruk'- mungkin terlalu lama dok berehat dalam tanah. Apa-apapun 'beraya' sakanlah ayam itik! Jimat belanja beli makanan depa.

Posted by Picasa

Monday, May 25, 2009

the truth is....

A Kadir Jasin:
"Seorang pesimis nampak kesukaran di dalam setiap peluang, seorang optimis nampak peluang di dalam setiap kesukaran." (ungkapan Winston Churchill)

"Ketakutan ada kegunaannya tetapi penakut tidak ada sebarang guna"
( Mahatma Ghandi)

lagi gambar di perdana resort

hari sabtu..23 mei
bangun pagi ....belum gosok gigi, terus mandi!!! mandi kolam wow! sejuknya

lepas tu....'posing'....mak nak tumpang bergambar sama....

sebelum aktiviti seterusnya...... makan dulu(nasi bungkus makcik lah, kg kijang)
sedapnya......al-maklumler lepas mandi kolam....mesti lapar punyer

aahhhh!!!!! barulah dapat tumpu sepenuh 'jiwa dan raga'
acara mewarna bermula.....





akhirnya......dapat juga no 3(farhan)....yang lain kena masuk kelas mewarna.....

Friday, May 22, 2009

family day at perdana resort, pcb,kb

Jam 4 pm, kami check-in...entah mimpi apa.....tetiba sahaja rasa nak bermalam di perdana resort nih? sebelum ni tak pernah terlintas....dan memang tak mau bermalam pun!!! Dah banyak kali juga hari keluarga diadakan di 'resort'. Mungkin juga kerana anak-anak dah besar, ana pula sibuk dengan kerja.....jadi apa salahnya sesekali bercuti bersama.......melapangkan fikiran anak0anak yang setiap hari sarat dengan pelajaran....siang di sekolah, malam pula mengaji quran. Jadi cuti hujung minggu kali ini kami manfaatkannya sebaik mungkin....










































Sebaik daftar masuk,anak-anakku terus tak melepaskan peluang - berenang di kolam. Betapa gembiranya mereka. Sepupu mereka juga turut sama dibawa.

Thursday, May 21, 2009

40 Kesalahan Ibubapa Mendidik Anak

Anak adalah anugerah Allah yang paling berharga. Oleh itu kita sebagai ibubapa hendaklah menghargainya dan sayangilah anak-anak anda. Jadi sama-samalah kita renungkan perkara-perkara berikut...

1. pemilihan jodoh tanpa memperhitungkan zuriat
2. perhubungan suami isteri tanpa memperhitung mengenai zuriat
3. kurang berlemah lembut terhadap anak
4. memaki hamun sebagai cara menegur kesilapan anak
5. tidak berusaha mempelbagaikan makanan yang disajikan kepada anak-anak
6. jarang bersama-sama anak sewaktu mereka sedang makan
7. melahirkan suasana kurang seronok sewaktu makan
8. membezak-bezakan kasih sayang terhadap anak
9. kurang melahirkan kasih sayang
10.sering mengeluh di hadapan anak
11.tidak meraikan anak ketika mereka pergi dan pulang dari sekolah
12.tidak mengenalkan anak-anak dengan konsep keadilan
13.tidak memberatkan pendidikan agama kepada anak-anak
14.tidak terlibat dalam urusan pelajaran anak-anak
15.tidak memprogramkan masa rehat dan riadah anak-anak
16.tidak menggalakkan dan menyediakan suasana suka membaca
17.mengizinkan anak-anak menjamah makanan dan minuman yang ternyata 'syubhah'(tidak pasti halal haramnya)
18.tidak menunjukkan contoh teladan yang baik di hadapan anak-anak
19.jarang meluangkan masa untuk bergurau senda dengan anak-anak
20.tidak suka bercakap dengan anak-anak
21.tidak menggunakan bahasa yang betul
22.suka bertengkar di hadapan anak
23.sentiasa menunjukkan muka masam di hadapan anak
24.tidak membimbing anak supaya mematuhi syariat
25.memberi kebebasan berlebihan kepada anak
26.terlalu mengongkong kebebasan anak
27.tidak menunaikan janji yang dibuat terhadap anak
28.tidak menunjukkan minat kepada aktiviti anak-anak
29.tidak memupuk semangat membaca di kalangan anak-anak
30.tidak berminat melayan pertanyaan dan kemusykilan anak-anak
31.tidak memberi perhatian terhadap buah fikiran anak-anak
32.lambat memberi penghargaan kepada anak-anak
33.kerap meleteri sesuatu kesilapan yang dilakukan anak
34.hukuman yang dikenakan tidak setimpal dengan kesilapan yang dilakukan anak-anak
35.sering mengancam dan menakutkan anak
36.menghukum tanpa menyatakan kesalahan yang dilakukan anak-anak
37.tidak konsisten dalam menjatuhkan hukuman ke atas anak-anak
38.memberi nasihat yang sama kepada anak-anak
39.tidak tegas mendidik anak
40.memandang rendah terhadap kebolehan anak-anak.
.....sama-samalah kita renungkan.....apakah kita menghargai anugerah ILLAHI da menyayangi mereka demi kebahagiaan kita dan mereka di dunia dan akhirat.

wallahu a'lam

Sunday, May 10, 2009

Prasyarat insan cemerlang

Pelajar cemerlang akan:
  1. Menggunakan kedua-dua belah otak kanan & kiri.
  2. Merangsang kesemua deria dalam pembelajaran.
    1. kita ingat 10 % apa yang dibaca
    2. kita ingat 20% apa yang didengar
    3. kita ingat 50 % apa yang didengar & dilihat
    4. kita ingat 70% apa yang dicakapkan
    5. kita ingat 90% setelah dipraktikkan
  3. Belajar secara aktif dengan pen/pensil ditangan.
  4. Belajar 3 jam sehari atau 20 jam seminggu (tidak termasuk kerja rumah).
  5. Belajar dalam persekitaran kondusif.
    1. pastikan cahaya adalah terang
    2. kurangkan gangguan bunyi
    3. tampal poster yang mengandungi slogan yang menaikkan semangat belajar
    4. tampal gambar-gambar yang menenangkan fikiran
    5. kerusi dan meja menghadap kiblat
    6. jangan lupa untuk senyum
  6. Tidak ponteng kelas. Kalau tertinggal kelas, salin nota dari rakan.
  7. Mengulang kaji menggunakan kaedah 'output learning' iaitu belajar untuk melatih otak menggunakan maklumat yang terkumpul. Ini dapat dilakukan dengan membaca buku/nota, ingat kembali, lakar/tulis, sebut apa yang difahami, dan jawab soalan.
  8. Tahu teknik merangsang memori:
    1. memasukkan maklumat dalam memori (registration)
    2. menyimpan maklumat dalam sel memori (retention)
    3. mengingat kembali (recall)
    4. menggunakan maklumat untuk menjawab soalan atau kegunaan lain (application)
  9. Sentiasa awal dan mendahului:
    1. persediaan awal akan memberikan permulaan yang baik dan memberi tanggapan yang positif pada guru.
    2. pelajar yang mendapat A pada ujian lazimnya akan dapat mengekalkan kejayaannya.
    3. belajar awal ketika tiada tekanan adalah tidak membosankan.
    4. untuk sentiasa awal dan mendahului, bacalah dahulu sekali atau 2 kali sebelum guru mengajar.
  10. Berbuat baik dengan guru. Setiasa hormati dan sayangi guru.
  11. Mempunyai teknik membaca yang betul:
    1. duduk dengan tegak & bernafas dengan betul
    2. memberikan tumpuan sepanuhnya
    3. menggunakan jari telunjuk untuk membaca
    4. menyesuaikan kelajuan membaca dengan kesukaran bahan bacaan
  12. Sentiasa mengawasi pencuri waktu belajar iaitu angan-angan kosong, bertangguh & malas.
  13. Membaca doa penerang hati setiap kali selepas sembahyang, sebelum mengulangkaji, dan sebelum menghadapi peperiksaan.
  14. Tidak membuang masa dengan belajar ketika letih.
  15. Mengadakan rehat sebentar setiap 20 minit mengulangkaji.
  16. Belajar mengikut waktu yang sesuai dengan diri (study according to your biological clock). Bagaimanapun, perlu tahu waktu-waktu yang sesuai untuk belajar iaitu sebelum tidur, selepas bangun tidur, selepas mandi air panas, selepas baca al-quran/zikir selepas riadah dan selepas berdoa.
  17. Mengulang kaji secepat mungkin. Ulang kaji ringkas selepas belajar (kita akan lupa 80% selepas belajar).
  18. Mengulang kaji secara bersendirian atau berkumpulan.
  19. Tahu mengulang kaji adalah aktiviti pembelajaran terpenting sebelum peperiksaan.
  20. Mengulang kaji pelajaran berulang-ulang kali.
  21. Mengulang kaji apabila mulai terlupa.
  1. Tahu petua mengulang kaji
    1. cari tempat yang tenang dan serasi dengan jiwa kita
    2. siapkan semua 'bekalan' dengan sempurna
    3. duduk tegak dikerusi yang selesa
    4. baca doa penerang hati
    5. baca buku atau nota mengikut teknik membaca yang betul
    6. fikir dan ingat kembali isi utama
    7. catat/lakar
    8. semak semula ketepatan maklumat
    9. ulang sebut atau ceritakan pada orang lain
    10. buat rumusan
    11. jawab soalan
    12. tampal maklumat yang rumit di dinding
    13. baca doa tanda kesyukuran selepas belajar
  2. Tahu memberi ganjaran kepada diri sendiri selepas belajar seperti membaca surat khabar, melawat rakan dan sebagainya.
  1. Tahu petua-petua agar tidak lupa:
    1. jangan makan kepala ikan
    2. jangan makan organ dalaman
    3. jangan minum semasa makan
    4. jangan minum atau makan makanan yang tercemar oleh semut
    5. jangan melihat kemaluan
    6. jangan melihat buih
    7. jangan membaca nama pada batu nisan
    8. banyakkan makan makanan yang mengandungi soya seperti tempe, tauhu dan lain-lain
    9. banyakkan makan kismis, kurma dan madu
    10. banyakkan makan kekacang
    11. pakai minyak wangi ketika belajar atau menghadapi peperiksaan
    12. jangan makan sehingga terlalu kenyang
    13. jangan kencing berdiri

  1. Tahu kemahiran mengingat:
    1. tampal nota-nota penting di dinding
    2. tukar perkataan, ayat atau definisi dalam bentuk gambar atau rajah
    3. gunakan kaedah akronim
    4. reka cerita atau ayat mengenai konsep yang perlu diingat
    5. pecahkan maklumat kepada kumpulan kecil
  2. Cekap mengatur jadual belajar:
    1. mempunyai jadual belajar
    2. patuh kepada jadual
    3. buat jadual yang boleh diikuti
  3. Tidak menangguh belajar pada saat akhir dan tidak menumpukan peperiksaan sebagai dorongan untuk belajar.
  4. Cari maklumat mengenai subjek yang tidak diketahui. Sediakan perkara-perkara yang tidak diketahui dan dapatkan penyelesaian dari orang yang lebih arif.
  5. Membina kepelbagaian dalam pembelajaran. Sebagai contoh, satu hari dipelbagaikan cara dan topik untuk belajar.
  6. Menggunakan masa terluang untuk mengulang kaji atau mencuri masa.
  7. Membawa nota ke mana-mana sahaja (kecuali ke tandas).
  8. Pelbagaikan tempat belajar.
  9. Menyedari guru-guru adalah sumber ilmu yang baik. Tanya guru apabila tidak faham
  10. Menjadikan nota-nota menarik seperti membuat corak, menggariskan isi penting dan sebagainya.

  1. Ciri-ciri pelajar cemerlang:
    1. taat kepada Allah
    2. mendirikan sembahyang
    3. menghormati kedua ibu bapa dan sentiasa mendoakan mereka
    4. hormati & sayangi guru
    5. bersungguh-sungguh dalam melakukan kerja untuk mencapai kecemerlangan.
    6. suka pada setiap mata pelajaran yang dipelajari
    7. membantu rakan yang memerlukan
    8. berdoa dan bersyukur kepada Allah
    9. sentiasa bertawakal
    10. mahir dalam setiap mata pelajaran
Kita juga perlu ingat pelajar yang cemerlang, adalah juga cemerlang pada akhlak dan tingkah lakunya dan seimbang dalam kehidupannya. Kecemerlangan pelajar bukan semata-mata dilihat pada nilai akademiknya sahaja. Semoga bermanfaat. :)

Friday, May 8, 2009

sepupu baru!

Amni Zafirah ber'posing' dengan sepupunya yang baru dilahirkan.
Ahmad Faris Farizan b Faizul...usianya baru 2 hari.
Dilahirkan di HPRZ2 pada petang khamis, 30 April 2009
Usiaku baru 3 1/2 bulan , beratku...6 kg



Posted by Picasa