walau gagal membawa pulang piala FA, namun Kelantan tetap berjaya.....
berjaya........menarik hampir 90 ribu peminat bola ke stadium.
berjaya .......mengekang kemaraan Selangor
berjaya........menarik mengheret perlawanan hingga ke masa tambahan(90 + 30 Minit)
Selangor yang dikatakan berpengalaman di perlawanan akhir/pernah menjuarainya....tidak mudah untuk menundukkan Kelantan. Kemenangan Selangor hanya diperolehi secara tendangan penalti(4-2). Tidak berbaloi bagi pasukan tersohor!. Anyway, tahniah Selangor
Merakam peristiwa, mencatat perjalanan kehidupan di sepanjang perjalanan menuju ke alam sebenar yang kekal abadi. Emel: amnizafirah@yahoo.com.my / md.shaidi@gmail.com
Sunday, April 26, 2009
Saturday, April 25, 2009
Kelantan, pas...ti Juara!
Saingan final yang bersejarah....disebalik pelbagai episod duka, Kelantan berjaya ke final Piala FA.
Berdepan dengan Selangor, pasukan yang cukup gah dan tersohor? Pia - kapten Kelantan kemudilah ahli pasukan anda menuju puncak...puncak kegemilangan Kelantan!
Berdepan dengan Selangor, pasukan yang cukup gah dan tersohor? Pia - kapten Kelantan kemudilah ahli pasukan anda menuju puncak...puncak kegemilangan Kelantan!
Kembalinya Suteraku ...
syukur....aku dapat memandu pulang suteraku yang telah lama di'rehat'kan di bengkel
PA. CAR SERVICES SDN BHD.LOT 3359, JALAN HOSPITAL, 15200 KB. TEL:097413899/FAX:097413898 EMEL:paautos@streamyx.com .
Namun sakitnya masih belum terubat. 'Ubat'nya masih belum tiba.
Oleh kerana rindu yang teramat, aku meminta mekanik men'servis" suteraku. Entah mengapa dan bagaimana, semua anggota yang sakit dapat digerakkan! aircond..OK, wiper blade..OK, power windor ...OK.??? Kalau ku tahu beginilah keadaannya, takkan kubiarkan suteraku berhujan dan berpanas selama 5 bulan.
walau bagaimanapun, seribu persoalan masih bermain dibenakku. Aircond, power window dan wiper yang tak berfungsi pada Disember tiba-tiba kembali berfungsi seperti sediakala!

Thursday, April 23, 2009
Tazkirah
adapun rezeki yang berkat itu maksudnya, tiap sen yang kita belanja itu mendapat kebajikan. Kerana setiap insan pasti akan ditanya oleh Allah yang antaranya adalah hartanya. Maka carilah harta yang HALAL dan belanjalah di jalan ALLAH
Dari Abi Barzah al-Aslami r.a., dari Nabi s.a.w, sabdanya: "Tidak berganjak kedua kaki seseorang dari tempat berdirinya di mahkamah Tuhan pada hari qiamat sehingga ia disoal tentang umurnya pada perkara apakah ia habiskan dan tentang ilmunya untuk apakah ia gunakan dan tentang harta bendanya dari manakah ia dapati dan pada perkara apakah ia belanjakan dan juga tentang tubuh badannya pada perkara apakah ia susutkan kemudaan dan kecergasannya?"
(At-Tirmizi)
Dan apabila pemimpin-pemimpin mereka tidak melakssnakan hukum Allah yang terkandung dalam al Quran dan tidak mahu menjadikan sebagai pilihan, maka (disaat itu) Allah akan menjadikan peperangan di kalangan mereka sendiri"
.........HR: Ibn Hajah
Ayat tujuh ini diambil dari Al Quranul Karim.
1. Surah At Taubah ayat 51
2. Surah Yunus ayat 107
3. Surah Hud ayat 6
4. Surah Hud ayat 56
5. Surah Al Ankabut ayat 60
6. Surah Al fathir ayat 2
7. Surah Az Zumar ayat 38

Wednesday, April 22, 2009
Taklimat Guru Baru
Pengetua MPI cerita senario semasa sekolah. Sebaik habis taklimat , kami guru-guru KPM yang baru mendaftar dijamu daging kambing.
Lapor diri di SMU(A) Maahad Pengajian Islam, Kota Bharu
Tuesday, April 21, 2009
Sekolah Baru
SMU(A) Maktab Pengajian Islam, Kota Bharu.
Kuatkuasa 16 April 2009.
tanpamu...tiadalah aku di sini!
rakan-rakan seperjuangan yang jasanya tak kan ku lupa.
InsyaAllah, kita kan tetap bersama....Semoga Allah makbulkan niat dan tujuan murni kita membina modal insan yang cemerlang dunia dan akhirat.
terima kasih

K Uttervin
Just a Few Drops, Health on the Top!
K-Uttervin is a liquid solution made from the roots of mimosa pudica plants.
Keterangan lanjut:
Hubungi : Agen K Link -Nik Ismail (0199459309)
@ Emel : niksmilee@gmail.com
K-Uttervin is a liquid solution made from the roots of mimosa pudica plants.
- @ Helps to reduce fatty acids content in the body.
- @ Helps to prevent high cholesterol.
- @ Helps to eliminate blockage in the blood vessels caused by high fat content.
- @ Helps to reduce cholesterol, high blood pressure and diabetes by reactivating the pancreas.
- @ Helps to overcome breathing problems.
- @ Helps to promote sexual energy.
- Heart problems due to blockage in the blood flow.
- Diabetes.
- High blood pressure.
- High fat content.
- Blocked blood vessels in the organs of the body.
- Scabies on the head and body.
- Gangrene due to diabetes.
- Blood vessels emerging and bulging prominently after delivery.
- Cracked heels.
- Acnes.
- Poor sexual energy for men and women.
- No feelings from the knees to feet.
- Mouth ulcers.
- Uterine bleeding.
- Itchiness all over the body.
- Gout.
- Smelly urine.
- Piles.
- Migraine.
- Asthma.
- Sinus.
- Psoriasis
Keterangan lanjut:
Hubungi : Agen K Link -Nik Ismail (0199459309)
@ Emel : niksmilee@gmail.com
Monday, April 20, 2009
Terima Kasih staf HPRZ II
Pada jam 11 pagi Khamis 15 Januari 2009, saya mendaftar diri di Bilik Bersalin Hospital Raja Perempuan Zainab 2, Kota Bharu. Tepat jam 4.05 petang anak ke-5 kami selamat dilahirkan. Hari ini menjadi lebih bermakna kerana dapat juga menimang bayi perempuan yang telah lama dinanti-nantikan. Maklumlah anak perempuan pertama dah pun 9 tahun . Tiga orang lagi anak lelaki.
Sepanjang berada dalam bilik bersalin, saya tak putus-putus diberi kata-kata semangat dan perangsang. Terima kasih tidak terhingga kepada semua warga Hospital Raja Perempuan Zainab 2, Kota Bharu. Istimewa buat Dr. Hannan, Sister Zalipas Sulaiman dan NSM Zainun Che Soh. Layanan mesra dan kata-kata perangsang kalian di saat-saat akhir kelahiran di dalam bilik bersalin begitu menuntun kalbu. Sesungguhnya hanya Allah yang dapat membalas budi dan jasa baik serta pengorbanan kalian.
Kini, anak perempuan kami genap 3 bulan. Membesar seperti anak-anak yang lain. Sihat dan montel!
Labels:
anak perempuan,
HPRZ,
kelahiran,
terima kasih
Rahsia 5 Jari
Lima Jari
Jari kelingking - kecil & kerdil.
Seperti manusia, bermula dari kecil (bayi) . Justeru itu, apa saja yang kita lakukan semuanya mesti bermula dari peringkat bawah. Kegagalan mendidik pada usia muda akan memberi kesan pada masa hadapan.
Jari kedua- jari manis.
Seperti usia kita semasa remaja, semuanya indah. Semua yang dilakukan terasa seperti betul, kerna yang difikirkan hanyalah keseronokan. Namun selalunya semasa remaja, kita diuji dengan pelbagai cabaran & dugaan. Hanya iman dan takwa akan tunjukkan jalan kebenaran.
Jari ketiga, jari hantu - paling tinggi.
Ia umpama alam dewasa bagi setiap insan yang sudah ada kedudukan sosial dan ekonomi yang stabil. Namun pada masa inilah, banyak cubaan dan ujian yang betul betul mencabar keimanan dan ketakwaan . Yang menjadi "hantu"yang datang menggoda. Hantu dengki, hantu ego, hantu tamak, hantu jealous dan macam2 hantu lagi. Kalau gagal kawal emosi khuatir kita masuk ke perangkap nafsu dan syaitan. Jadi kita kena la lipat gandakan ibadat.
Jari telunjuk - Jari inilah yang mengungkap satu dan mengagungkan keESAan Allah SWT ketika solat. Genggam kesemua jari kecuali telunjuk tengok betapa Gagahnya telunjuk sebagai penunjuk arah, jadi contoh & tauladan pada jari2 sblm ni. Mcm tu jugak dgn kita perlu jadi role model to the new generation.. jadi pembimbing yg kaya dgn idea bernas & a great mind.
Akhr sekali - ibu jari.
Besar, gemuk & pendek. Berbeza dari jari-jari yang lain.
Ia melambangkan kematangan seorang insan. Juga menggambarkan kehebatan manusia. Kalau ada ibu jari semua urusan semuanya lancar. Tetapi bayangkan kalau tanpa ibu jari...nak gengam atau pegang sesuatu cukup susah.. nak pegang sudu pun susah. Justeru kepada generasi muda, apabila hendak melakukan sesuatu, rujuklah kepada orang yang lebih tua dan berpengalaman. Kalau kita patuh pada petunjuk mereka, boleh la kita kata "good" or "yes" sambil thumbs up.
Itulah rahsia kejayaan kita. Wallahu A'lam
(diubahsuai dari muraisenja Online)

Sunday, April 19, 2009
Hari bersejarah
Belum pasti.......namun hatiku sesungguhnya begitu bersyukur dan berasa sangat senang dan tenang menerima berita ini.Mungkinkah aku dapat keluar dari sekolah ini yang ku kenali hampir 7 tahun lalu? Begitu banyak kisah suka duka selama berada di sini. Namun, sejak 2 tahun kebelakangan ini, perasaan suka mulai terhakis ekoran gelagat pengetua baru yang begitu terkenal!!!. Banyak program yang meletihkan dan memenatkan fizikal dan mental???Jika berkaitan dengan P&P tu OK. Memang menjadi tanggungjawab dan TUGAS UTAMA seseorang yang dipanggil CIKGU.
Walau apapun mungkin ini hari terakhir ku di sekolah ini . Terima kasih semua. Semoga ALLAH panjangkan usia rakan-rakan semua untuk melakukan kebajikan dan dimurahkan rezeki yang halal.
Walau apapun mungkin ini hari terakhir ku di sekolah ini . Terima kasih semua. Semoga ALLAH panjangkan usia rakan-rakan semua untuk melakukan kebajikan dan dimurahkan rezeki yang halal.
Saga baru kebanggaan keluargaku
Aku beli saga baru ini kerana tidak upaya menanggung derita. Apakan tidaknya Naza Sutera isteriku telah dihantar ke pusat servis di kota bandar semenjak bulan Disember tahun lepas, tetapi sehingga sekarang dah nak masuk lima bulan Sutera itu masih tidak dapat diubati. "Ubat"nya terpaksa diimpot dari negeri asal kelahirannya, China. Jawapan yang diperolehi apabila dihubungi tentang komponen keretta yang rosak tersebut; tunggulah, kami dah buat "follow up! follow up!!!!!!?????
Jadi, akhirnya aku telah membeli Saga 1.3 baru auto pada bulan Februari lalu untuk berulangalik dari melor ke kota bharu(tempat kerja) . Alhamdulilah, keluaran nasional ini sangat memuaskan dan begitu membanggakan. Ruang dalaman yang kemas, lapang dan cukup selesa untuk memuatkan keluarga kami seramai 6 orang. Berbanggalah dengan keluaran negara. belilah barangan buatan Malaysia
p/s: Namun masih ada sayang dan rindu kami kepada mu Suteraku!
Thursday, April 16, 2009
Sambutan Ulang Tahun Buat Anak-anakku
Bertempat di ruang tamu, kami sekeluarga telah meraikan hari lahir Ajwad, Afnan dan Amni secara bersama. Majlis yang begitu sederhana.
-memotong sebuah kek...oleh mereka yang berkenaan.
Muhammad Ajwad, 10 tahun, 08.02.1999
Muhammad Afnan, 5 tahun, 08.01.2004
Amni Zafirah, belumpun sampai satu tahun.....15.01.2009
....majlis hari lahir yang sesuai pada zaman kegawatan ekonomi...hehehe!!!
Wednesday, April 15, 2009
EXORA - mpv rakyat keluaran anak malaysia
Akhirnya, tanggal 15 April 2009, jam 10.20 malam penantian rakyat dan pencinta kereta nasional terlerai. Proton Exora telah dirasmikan kelahirannya kepada umum oleh PM, YAB Dato' Seri Najib Tun RAzak di KLCC. Turut serta bekas PM4 Tun Dr Mahathir.
2 versi dilancarkan dan kedua-duanya adalah versi automatik iaitu pada harga RM 69998 dan RM75998. Semoga PROTON terus maju membawa misi negara menjadi negara maju dalam acuannya sendiri.
Sunday, April 12, 2009
Pelaksanaan PTK bagi kumpulan Pengurusan dan Profesional
Thursday, April 9, 2009
mutiara kata
1. "Yang menentukan masa depan anda bukan kekayaan, kedudukan dan kebahagiaan yang anda capai, tetapi ke arah mana akan anda bawa semua itu"
www.familiazam.com
2. "Orang yang sibuk mengejar kepentingan dirinya sendiri akan mencipta banyak lawan"
3. ''Pemimpin yang paling berkuasa ialah yang disegani oleh rakyatnya, manakala seorang pemimpin yang tidak baik akan menipu rakyatnya''
4. "Orang yang cemerlang melihat setiap halangan sebagai peluang untuk mengasah potensi, manakala orang yang tidak cemerlang menganggap setiap halangan sebagai alasan yang menyebabkan kemundurannya"
5."Sahabat yang beriman ibarat mentari yang menyinar. Sahabat yang setia bagai pewangi yang mengharumkan. Sahabat sejati menjadi pendorong impian. Sahabat berhati mulia membawa kita ke jalan Allah"

Tuesday, April 7, 2009
Tahukah Anda ???
Tarikh Hijrah akan berubah selepas jam 8 malam setiap hari. Kenapa? Takwim Hijrah memasuki hari baru selepas masuk waktu maghrib. Tarikh Hijriah ini memasuki hari baru selepas waktu maghrib (ditetapkan jam 8 malam). Tarikh Masihi hanya akan berubah selepas jam 12 malam.
Monday, April 6, 2009
Wednesday, April 1, 2009
taman tamadun islam k terenggagu
Tanggal 30.03.09, kami sekeluarga berkesempatan meluangkan masa ke Kuala Terengganu.Alhamdulillah hasrat anak-anak kami untuk melawat ke Taman Tamadun Islam dan Masjid Kristal yang cantik dan tersohor tercapai jua. Kesempatan ini juga membolehkan kami berkunjung dan bermalam di rumah saudara kami di sana.
Subscribe to:
Posts (Atom)