Lima Jari
Jari kelingking - kecil & kerdil.
Seperti manusia, bermula dari kecil (bayi) . Justeru itu, apa saja yang kita lakukan semuanya mesti bermula dari peringkat bawah. Kegagalan mendidik pada usia muda akan memberi kesan pada masa hadapan.
Jari kedua- jari manis.
Seperti usia kita semasa remaja, semuanya indah. Semua yang dilakukan terasa seperti betul, kerna yang difikirkan hanyalah keseronokan. Namun selalunya semasa remaja, kita diuji dengan pelbagai cabaran & dugaan. Hanya iman dan takwa akan tunjukkan jalan kebenaran.
Jari ketiga, jari hantu - paling tinggi.
Ia umpama alam dewasa bagi setiap insan yang sudah ada kedudukan sosial dan ekonomi yang stabil. Namun pada masa inilah, banyak cubaan dan ujian yang betul betul mencabar keimanan dan ketakwaan . Yang menjadi "hantu"yang datang menggoda. Hantu dengki, hantu ego, hantu tamak, hantu jealous dan macam2 hantu lagi. Kalau gagal kawal emosi khuatir kita masuk ke perangkap nafsu dan syaitan. Jadi kita kena la lipat gandakan ibadat.
Jari telunjuk - Jari inilah yang mengungkap satu dan mengagungkan keESAan Allah SWT ketika solat. Genggam kesemua jari kecuali telunjuk tengok betapa Gagahnya telunjuk sebagai penunjuk arah, jadi contoh & tauladan pada jari2 sblm ni. Mcm tu jugak dgn kita perlu jadi role model to the new generation.. jadi pembimbing yg kaya dgn idea bernas & a great mind.
Akhr sekali - ibu jari.
Besar, gemuk & pendek. Berbeza dari jari-jari yang lain.
Ia melambangkan kematangan seorang insan. Juga menggambarkan kehebatan manusia. Kalau ada ibu jari semua urusan semuanya lancar. Tetapi bayangkan kalau tanpa ibu jari...nak gengam atau pegang sesuatu cukup susah.. nak pegang sudu pun susah. Justeru kepada generasi muda, apabila hendak melakukan sesuatu, rujuklah kepada orang yang lebih tua dan berpengalaman. Kalau kita patuh pada petunjuk mereka, boleh la kita kata "good" or "yes" sambil thumbs up.
Itulah rahsia kejayaan kita. Wallahu A'lam
(diubahsuai dari muraisenja Online)
No comments:
Post a Comment