Sunday, April 19, 2009

Saga baru kebanggaan keluargaku


Aku beli saga baru ini kerana tidak upaya menanggung derita. Apakan tidaknya Naza Sutera isteriku telah dihantar ke pusat servis di kota bandar semenjak bulan Disember tahun lepas, tetapi sehingga sekarang dah nak masuk lima bulan Sutera itu masih tidak dapat diubati. "Ubat"nya terpaksa diimpot dari negeri asal kelahirannya, China. Jawapan yang diperolehi apabila dihubungi tentang komponen keretta yang rosak tersebut; tunggulah, kami dah buat "follow up! follow up!!!!!!?????
Jadi, akhirnya aku telah membeli Saga 1.3 baru auto pada bulan Februari lalu untuk berulangalik dari melor ke kota bharu(tempat kerja) . Alhamdulilah, keluaran nasional ini sangat memuaskan dan begitu membanggakan. Ruang dalaman yang kemas, lapang dan cukup selesa untuk memuatkan keluarga kami seramai 6 orang. Berbanggalah dengan keluaran negara. belilah barangan buatan Malaysia

p/s: Namun masih ada sayang dan rindu kami kepada mu Suteraku!

No comments:

Post a Comment