Monday, April 20, 2009

Terima Kasih staf HPRZ II




Pada jam 11 pagi Khamis 15 Januari 2009, saya mendaftar diri di Bilik Bersalin Hospital Raja Perempuan Zainab 2, Kota Bharu. Tepat jam 4.05 petang anak ke-5 kami selamat dilahirkan. Hari ini menjadi lebih bermakna kerana dapat juga menimang bayi perempuan yang telah lama dinanti-nantikan. Maklumlah anak perempuan pertama dah pun 9 tahun . Tiga orang lagi anak lelaki.

Sepanjang berada dalam bilik bersalin, saya tak putus-putus diberi kata-kata semangat dan perangsang. Terima kasih tidak terhingga kepada semua warga Hospital Raja Perempuan Zainab 2, Kota Bharu. Istimewa buat Dr. Hannan, Sister Zalipas Sulaiman dan NSM Zainun Che Soh. Layanan mesra dan kata-kata perangsang kalian di saat-saat akhir kelahiran di dalam bilik bersalin begitu menuntun kalbu. Sesungguhnya hanya Allah yang dapat membalas budi dan jasa baik serta pengorbanan kalian.

Kini, anak perempuan kami genap 3 bulan. Membesar seperti anak-anak yang lain. Sihat dan montel!

No comments:

Post a Comment