Hanya Allah yang mengetahui dan menetukan apakah seseorang itu akan mati beriman atau kufur.
Sabda nabi MUhammad SAW yang bermaksud;
"Ada orang yang mengerjakan pekerjaan ahli neraka, padahal sebenarnya ia adalah ahli syurga dan juga ada orang yang mengerjakan pekerjaan ahli syurga, padahal ia sebenarnya adalah ahli neraka. Sebab sesungguhnya amalan itu akan dinilai pada akhir hayat seseorang".
Namun, nabi saw juga memberitahu tentang beberapa tanda zahir yang menunjukkan seseorang itu mati dalam keadaan beriman.
a. sempat mengucap Kalimah Syahadat sesudah nazak
sabda nabi saw - "barang siapa yang diakhir hayatnya sempat mengucap LA ILA HA ILLAH, maka ia pasti akan masuk syurga"
b. keluar peluh di dahi
c. mati pada malam atau siang hari Jumaat
d. mati di medan perang kerana membela agama Allah
e. orang yang mati akibat kecederaan dalam peperangan fi sabilillah
f. mati akibat wabak taun
Sabda rasulullah; jika kamu mendengan ada wabak (taun sedang berjangkit di sesuatu tempat), maka janganlah kamu mesuk ke tempat itu. Dan jika wabak itu menjangkit di dalan negeri kamu berada, maka janganlah kamu keluar daripada negeri itu.(riwayat Imam Bukhari dan Muslim)
g. mati kerana sakit perut
seseorang yang redha dan sabar menahan sakit sehinggalah membawa mati, maka matinya dikira mati syahid.
h. mati tertimbus oleh runtuhan bangunan atau tenggelam(lemas di air)
Hadis riwayat Bukhari, Muslim dan Termizi; orang-orang yang dikira mati syahid ada lima golongan iaitu; 1 mati kerana taun, 2 mati kerana sakit perut, 3 mati kerana tenggelam dalam air, 4 mati dtimpa runtuhan bangnan atau tanah, 5 mati membela agama Allah"
i. mati kerana kehamilan
j. mati terbakar
k. mati dalam keadaan nifas
l. mati kerna TB
m. mati mempertahankan harta
n. mati kerana membela diri
islam mewajibkan seseorang membela kehormatan dan harga jiwa daripada diganggu, dicedera atau dibunuh.
o.mati ketika sedang bersiap-siap untuk berperang
p. mati ketika sedang melakukan amalan soleh
q. mati setelah mengislamkan orang