Saturday, April 17, 2010

Perkelahan Keluarga di La Hot Spring

Tiga buah kereta , sebuah MPV , 12 orang kanak-kanak, 5 anak dara, 11 dewasa telah berkumpul di kawasan rekreasi air panas Kg La, Besut Terengganu. Perkelahan satu hari kali ini amat meriah. Sebelum itu kami singgah sekejap di Kg Darau Besut untuk menjemput emak saudara dan keluarganya.

Berbanding dahulu, kawasan ini dah banyak berubah. Namun persekitaran masih nyaman. Air sungai tetap sejuk dan menyegarkan. Di atas bukit - kolam air panasnya lebih selesa untuk pengunjung.

Paras air sungai hanya separas pinggang kanak-kanak, arusnya mengalir perlahan, dasarnya berpasir bersih dari segala unsur pencemaran fizikal dan biokimia.

Sebaik tiba pada jam 11 pagi, kanak-kanak begitu 'excited'. Apabila sampai di tebing sungai, maka aktiviti pun bermula. Kanak kanak terus bermain air, ibu pula mula menghidupkan api...bakar ayam , ikan dan 'hotdog'. Bekalan makanan yang dibawa seumpama nak hidup di sana sehingga 2 hari. Dari mula sampai hingga ketika nak balik......makan makan makan...Bak kata pak sedara, "biar punah perut jangan punah makanan"

...walaupun ketika bermain, main main jugak....makanan tatap ku utamakan....

Puas berendam dalam air sungai yang sejuk, naik pula ke atas bukit untuk berendam dalam kolam air panas. Airnya cukup panas, merendamkan kaki sudah cukup untuk menyebabkan badan berpeluh. Itu belum lagi menyelam seluruh badan. Sungguh segar rasanya.


...kanak-kanak dewasa pula yang memenuhi ruang....


Menjelang 5 petang kami semua bersiap untuk pulang. Maklumlah langit sudah mulai mendung, hujan mulai turun renyai renyai.....anak tino ambo...di mana , ke mana, dan bila bila pun....
wehhh budok budok....dok sir kelik lagi ko.???

No comments:

Post a Comment