Dalam Surah Ali Imran:ayat 54 yang bermaksud,
"orang kafir itu membuat tipuan dan sesungguhnya Allah membalas tipuan mereka itu. Dan Allah adalah sebaik-baik pembalas tipuan".
Dalam surah Al An'am, ayat 123 yang bermasud;
"Dan demikianlah Kami adakan pada setiap negeri itu para penjahat yag terbesar agar mereka melakukan tipu daya dalam negeri itu dan mereka tidak memperdaya melainkan diri mereka sendiri, sedangkan mereka itu tidak menyedari"
Betapa ramai generasi lalu dibinasakan Allah oleh kerana mereka menyangka dirinya berkuasa dan gagah. Sedangkan mereka lupa bahawa diri mereka adalah makhluk Allah. Mereka melakukan pelbagai tipu daya. Mereka dikurniakan dengan nikmat hidup, harta, kuasa dan lain-lain, tetapi dengan nikmat itu mereka tidak tidak mahu bersyukur atau tidak mahu melaksanakan perintah ALLAh. Malahan dengan nikmat itu mereka melakukan berbagai-bagai kemungkaran dan kejahatan. Pelbagai alasan yang diberikan- sibuk, masih muda lagi?
Fir'aun yang menyangka dirinya tuhan dibinasakan Allah dengan air (ditenggelamkan dalam Laut Merah); Namrud yang tidak mahu tunduk kepada Allah lantaran merasakan dirinya kuat dan gagah hanya dibinasakan oleh nyamuk. Al Hariths bin Qais As Syahmi mati akibat pendarahan dalam otak - Akibat merasa terlalu haus, dia minum sepuasnya sehingga membawa maut.
abu Lahab seorang yang berani, kuat dan tidak takut kepada sesiapa, sanggup membunuh sesiapa yang tidak mahu ikut cakapnya(termasuklah nabi muhammad saw) dibinasakan Allah hanya kerana serangan jantung(terkejut dengan kekalahan Quraishy dalam perang BAdar)
Ketika hidup mereka itu cuba melakukan berbagai-bagai alasan(tipu daya) untuk mengelak daripada tertakluk oleh peraturan Allah. namun Allah membalas tipuan mereka dengan tipuan juga. Mereka mati dengan penuh kehinaan oleh sebab yang remah yang tidak mereka sangka sangka dan tidak pula mereka berkuasa untuk mengelakkannya.
Justeru insaflah dan sedarikan wahai manusia bahawa nikmat hidup, harta kuasa dan berbagai-bagai nikmat yang dikurnikan Allah adalah sebagai suatu ujian. Ujian untuk menguji ketaatan hamba kepada Tuhan Yang Maha Esa- ALLAH. dan kepadaNyalah kita kembali..
No comments:
Post a Comment