Monday, April 19, 2010

Pulang...

Jam 11 pagi -19.04.10, tok telah kembali ke rahmatullah dengan tenang sekali. Allahyarhamah telah selamat dikebumikan di Perkuburan Islam Kg Hutan Pasir, Ketereh Kelantan jam 5 petang tadi. Pemergianya menjadikan aku tiada lagi tok. Semua mereka telah pergi lebih awal. Aku berasa bahagia dan bersyukur kerana sempat membacakan surah Yassin pada malam sebelum pemergiannya itu. Dan petang tadi sempat solat jenazahnya

Tahun 2004, kedua-dua tok sebelah ibu,
04.10.04-tok lelaki (Taib b Ismail) seminggu menjelang bulan ramadhan-
06.11.04-tok perempuan(Bidah bt Ismail) seminggu menjelang aidilfitri. Itulah yang dikatakan sehidup dan semati. Semoga kedua-duanya dapat juga bersama di akhirat nanti
Semoga rohnya ditempatkan bersama orang-orang soleh dan beriman. Amin. Al Fatihah...

No comments:

Post a Comment