u26 Jun 2010
Jam 8.00 pagi...bertempat di Dataran MPI elah tberlangsung meriah sambutan Hari Guru peringkat sekolah...dimulakan dengan nasyid asma ul husna, kemudian ucapan dan ikrar oleh pelajar dan guru. Kemudiannya majlis diserikan dengan persembahan oleh KAdet Polis dan Pesilat Sekolah.
Jam 9.30 pagi...dilangsungkan pula sukaneka...bola tampar, sepak tekraw, boling padang, basikal lambat dan belon nyawa. Pelbagai gelagat para guru dan ustaz dan uztazah dapat disaksikan.
Jam 11.30 pagi...pelajar dan guru diiringi mask ke dewan sekolah untuk persembahan ict dan dikir barat oleh para pelajar dan guru. Acara persembahan diselang seli dengan cabutan bertuah untuk guru. Hadiah telah dibawa sendiri oleh para guru. Sesuatu yang agak unik dan menyeronokkan.
Ini tahun ke 2 aku meraikan sambutan hari guru di sekolah YIK setelah hampir 16 tahun menceburkan diri dalam bidang pendidikan.
Tahun pertama hingga ke 4 disambut di Sarawak, 3 kali di Terengganu, di Kelantan...2 kali di Ayer Lanas Jeli, 6 kali di SMK Sultan Ismail Kota Bharu...kini di MPI.
Merakam peristiwa, mencatat perjalanan kehidupan di sepanjang perjalanan menuju ke alam sebenar yang kekal abadi. Emel: amnizafirah@yahoo.com.my / md.shaidi@gmail.com
Thursday, June 24, 2010
Friday, June 18, 2010
Solat Jumaat di Penambang
Jumaat Paling Bermakna, 5 Rejab 1431H-
Sungguh bertuah. Bak kata pepatah..langkah kanan. Pada hari ini Ketua Kerajaan Negeri Kelantan, Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat turun ke Masjid As Saadah, Penambang. Tok Guru menyampaikan khutbah yang antara lain isinya ialah...Jumaat hari yang paling mulia dalam Islam dan banyak kelebihannya. Solat jumaat yang menggantikan solat zohor dikerjakan hanya 2 rakaat sahaja. Pada hari ini juga umat islam mempunyai masa yang banyak untuk mengingati Allah Pencipta dan Pemilik Sekalian Alam.
Tok berpesan agar para jemaah mengingati Allah dan sentiasa bersyukur kepadaNYA. Kita sepatutnya besyukur sebelum berterima kasih kepada makhluk. Berterima kasih kepada kerajaan kerana memberikan pekerjaan, tetapi kita mesti terlebih dahulu bersyukur kepada Allah. Berterima kapada ibu bapa menghantar kita ke sekolah, bersyukur kepada Allah kerana Dia menjadikan ibu bapa yang penyayang. Berterima kepada ibu yang memberi kita susu, bersyukur kepada Allah yang menghasilkan susu dalam badan ibu.
Tok Guru juga berpesan agar kita mengingati dan senantiasa berselawat kepada Nabi Muhammad s.a.w. Melalui baginda kita dapat mengetahui dan mengenali sifat dan keujudan Allah. Baginda juga mengajar kita tentang islam agama dan cara hidup sebenar yang diredhai Allah.
Selain itu Tok Guru juga berpesan agar para jemaah sentiasa bertakwa kepada Allah, malu kepada Allah untuk tidak mengerjakan suruhan dan meninggalkan laranganNYA. Allah telah telah menyediakan buku panduan kepada semua umat islam supaya tidak tergelincir dari landasan hidup ALLAH, iaitu AL QURAN. Bacalah dan perhatikanlah ayat ayat ALLAH. Di dalam telah tercatat apa yang akan terjadi kepada mereka yang taat dan engkar kepada ALLAH.
Peristiwa ini dicatatkan dan disampaikan melalui peristiwa Isra' Mikra' baginda rasulullah pada 27 Rejab.
Labels:
khutbah jumaat,
masjid,
Menteri Besar kelantan,
Tok Guru
Monday, June 14, 2010
Tragedi
Jam 2.30 petang - sebelum tragedi berdarah...pakai baju lawa untuk makan kenduri di rumah sepupu allahyarham Ayah di Kg Bechah Laut, Tanah Merah..Entah bagaimana secara tiba-tiba anak kecilku yang sedang duduk di atas tangga ini terjatuh ...
Kepalanya terhantuk pada kaki besi penyidai kain menyebabkan berlaku pendarahan yang begitu banyak. Darahnya membasahi baju dan kain. Nasib baik dan mungkin juga telah ditakdirkan ALLAH menggerakkan hatiku untuk membawa bersama gel gamat. Dengan gamat itulah kami lumurkan pada luka di kulit kepala anakku. Alhmadulillah, dengan izinNya darah berhenti mengalir. Lantas kami membawa ke klinik berhampiran. Sekali lagi berita gembira diberitahu oleh doktor, luka di kepala anakku tidak perlu dijahitkan. Menurut doktor gel gamat itu menyebabkan luka tidak merebakmenjadi lebih serius.
Gambar semasa tragedi tidak sempat dan memang tak ingat pun untuk merakam gambar berkenaan. Fikiran hanya tertumpu untuk memberhentikan pendarahan yang mengalir laju...
Selasa-16 Jun 2010...kesan luka di kepala masih berbekas...

Sunday, June 13, 2010
Gulai Gulai Gulai
Belaghok sepupu... konvoi 5 buah kereta-proton waja wira saga, perodua kancil dan kelisa ...2 mpv- naza ria dan toyota unser .
...itulah lumrah kehidupan....sebelum ini kita yang menjadi tumpuan...sedara mara meraikan kita sebagai pengating....kini kita pulok kena meraikan memenuhi undangan sedara mara rakan taulan...
Friday, June 11, 2010
Sunday, June 6, 2010
Ladang Teh....
Melawat Ladang Teh dan Strawberry
....sekitar Stesyen MARDI Cameron Highlands..
...rehat sekejap di Ladang Teh Cameron Bharat and Tea Shop..
....sekitar Stesyen MARDI Cameron Highlands..
...rehat sekejap di Ladang Teh Cameron Bharat and Tea Shop..
Labels:
18 C,
ladang teh,
sejuk,
strawberry
Friday, June 4, 2010
Tanah Rata, Cameron Highland
Melawat Bandar Tanah Rata, Cameron Highlands pada sebelah petang....lebih kurang jam 5.30 petang hingga 7.00 petang. Anggota rombongan,Hj Yusoff, Hj Rahmah; Yusri,isteri+5 anak; Yusni,suami+5 anak; Fadzil,isteri+4 anak;Farid,isteri+1 anak; Badruddin,isteri; Amal; Sarah; 1 anak Faizul; mak saudara, suami;(16 dewasa+ 17 kanak-kanak)
Suasana agak lengang kerana hari ini masih hari bekerja bagi warga Pahang dan negeri-negeri Pantai Barat. Pasar dan kedai hanya dipenuhi pelancong dari Kelantan, Terengganu serta segelintir pelancong luar negara.
....jumlah pasang selipar, kasut dan sandal...jumlah penghuninya.

Cameron Highlands
Setelah hampir 5 jam perjalanan dari Kota Bharu, akhir kumpulan 3 buah kereta selamat tiba di Villa Dahlia, Berinchang Cameron pada jam 2.30 petang.
...anak-anakku begitu riang sekali dengan sweaternya...maklumkan baju baru...
...anak-anakku begitu riang sekali dengan sweaternya...maklumkan baju baru...
.....aktiviti memunggah ....terpaksa tolak dengan troli
pemandangan kawasan tanaman di sepanjang jalan menuju ke tempat penginapan...
pemandangan kawasan tanaman di sepanjang jalan menuju ke tempat penginapan...
Labels:
cameron highlands,
keluarga,
percutian
Thursday, June 3, 2010
Pesediaan Bercuti
kereta diservis....fizikal dan mekanikal kenderaan
baju panas disediakan untuk anak anak....udara sejuk di kawasan tanah tinggi
Labels:
bercuti,
cuci kereta,
servis kenderaan
Subscribe to:
Posts (Atom)