u26 Jun 2010
Jam 8.00 pagi...bertempat di Dataran MPI elah tberlangsung meriah sambutan Hari Guru peringkat sekolah...dimulakan dengan nasyid asma ul husna, kemudian ucapan dan ikrar oleh pelajar dan guru. Kemudiannya majlis diserikan dengan persembahan oleh KAdet Polis dan Pesilat Sekolah.
Jam 9.30 pagi...dilangsungkan pula sukaneka...bola tampar, sepak tekraw, boling padang, basikal lambat dan belon nyawa. Pelbagai gelagat para guru dan ustaz dan uztazah dapat disaksikan.
Jam 11.30 pagi...pelajar dan guru diiringi mask ke dewan sekolah untuk persembahan ict dan dikir barat oleh para pelajar dan guru. Acara persembahan diselang seli dengan cabutan bertuah untuk guru. Hadiah telah dibawa sendiri oleh para guru. Sesuatu yang agak unik dan menyeronokkan.
Ini tahun ke 2 aku meraikan sambutan hari guru di sekolah YIK setelah hampir 16 tahun menceburkan diri dalam bidang pendidikan.
Tahun pertama hingga ke 4 disambut di Sarawak, 3 kali di Terengganu, di Kelantan...2 kali di Ayer Lanas Jeli, 6 kali di SMK Sultan Ismail Kota Bharu...kini di MPI.
No comments:
Post a Comment