Tafsiran Surah Al Ahzab, 56-59:
Berhubung perintah dan balasan Allah kepada mereka yang berbuat kebaikan dan kejahatan
a. berselawat kepada Rasulullah seperti mana Allah dan Malaikat juga berselawat kepada Rasulullah. Selawat dari ALLAH bermaksud memberi rahmat dan selawat daripada Malaikat bermaksud memohon Rasullah mendapat rahmat ALLAH.
b. tidak menyakiti Allah iaitu melakukan perkara-perkara yang ditegah dan mengengkari perintah ALLAH dan RasulNya. Golongan ini akan dilaknat ALLAH di dunia dan juga di akhirat. Semasa hidup di dunia mereka ini hidupnya sengsara, dan dibenci manusia. Di akhirat akan mendapat azab yang sepedih-pedihnya.
c. tidak menyakiti orang-orang mukmin,seperti mengumpat dan menabur fitnah. Mengumpat bermaksud bercakap sesuatu perkara yang benar tentang peribadi, tingkahlaku dan apa apa sahaja berkaitan seseorang. Menabur fitnah bermaksud menyatakan sesuatu yang tidak berkaitan atau yang tidak dilakukan seseorang muslim. Sesungguhnya mereka ini telah memikul pembohongan dan dosa yang nyata.
d. perintahkan Rasulullah agar isteri dan anak-anak perempuan dan wanita mukminin menutup aurat terutamanya apabila keluar rumah. mereka ini sesungguhnya golongan yang baik dan selamat dari gangguan...
No comments:
Post a Comment