Merakam peristiwa, mencatat perjalanan kehidupan di sepanjang perjalanan menuju ke alam sebenar yang kekal abadi. Emel: amnizafirah@yahoo.com.my / md.shaidi@gmail.com
Friday, June 18, 2010
Solat Jumaat di Penambang
Jumaat Paling Bermakna, 5 Rejab 1431H-
Sungguh bertuah. Bak kata pepatah..langkah kanan. Pada hari ini Ketua Kerajaan Negeri Kelantan, Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat turun ke Masjid As Saadah, Penambang. Tok Guru menyampaikan khutbah yang antara lain isinya ialah...Jumaat hari yang paling mulia dalam Islam dan banyak kelebihannya. Solat jumaat yang menggantikan solat zohor dikerjakan hanya 2 rakaat sahaja. Pada hari ini juga umat islam mempunyai masa yang banyak untuk mengingati Allah Pencipta dan Pemilik Sekalian Alam.
Tok berpesan agar para jemaah mengingati Allah dan sentiasa bersyukur kepadaNYA. Kita sepatutnya besyukur sebelum berterima kasih kepada makhluk. Berterima kasih kepada kerajaan kerana memberikan pekerjaan, tetapi kita mesti terlebih dahulu bersyukur kepada Allah. Berterima kapada ibu bapa menghantar kita ke sekolah, bersyukur kepada Allah kerana Dia menjadikan ibu bapa yang penyayang. Berterima kepada ibu yang memberi kita susu, bersyukur kepada Allah yang menghasilkan susu dalam badan ibu.
Tok Guru juga berpesan agar kita mengingati dan senantiasa berselawat kepada Nabi Muhammad s.a.w. Melalui baginda kita dapat mengetahui dan mengenali sifat dan keujudan Allah. Baginda juga mengajar kita tentang islam agama dan cara hidup sebenar yang diredhai Allah.
Selain itu Tok Guru juga berpesan agar para jemaah sentiasa bertakwa kepada Allah, malu kepada Allah untuk tidak mengerjakan suruhan dan meninggalkan laranganNYA. Allah telah telah menyediakan buku panduan kepada semua umat islam supaya tidak tergelincir dari landasan hidup ALLAH, iaitu AL QURAN. Bacalah dan perhatikanlah ayat ayat ALLAH. Di dalam telah tercatat apa yang akan terjadi kepada mereka yang taat dan engkar kepada ALLAH.
Peristiwa ini dicatatkan dan disampaikan melalui peristiwa Isra' Mikra' baginda rasulullah pada 27 Rejab.
Labels:
khutbah jumaat,
masjid,
Menteri Besar kelantan,
Tok Guru
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment