Merakam peristiwa, mencatat perjalanan kehidupan di sepanjang perjalanan menuju ke alam sebenar yang kekal abadi. Emel: amnizafirah@yahoo.com.my / md.shaidi@gmail.com
Monday, July 26, 2010
Menang Membeli...Alah Memakai ...
Dah nasib badan.....menang membeli alah memakai!!!
Harganya cukup murah....37 ribu untuk kuasa 1.1 cc EFI, ada airbags, power steering dan dalamannya cukup selesa dan kemas. Namun itu hanyalah make-up untuk melindungi kekurangan dirinya. Bahagian yang maha penting...denyut nadinya di situ...
Pernah dulu aircond padam tetiba, tingkap tak dapat diturunkan, wiper tak berfungsi. Semuanya itu berlaku serentak. Pulak tu berlaku tengah memandu dalam hujan. Bayangkanlah.....Hantar ke pusat servis tak dapat menyelesaikan apa apa. Ada masalah dengan fuse box. Hampir 4 bulan menunggu sambil berjemur panas dan kesejukan hujan musim bah...bulan 12, 1, 2 dan 3....semuanya kembali normal apabila aku mengambilnya. Mekaniknya pun naik hairan bin pelik.
Setelah setahun berlalu, kini penyakit baru pulak berjangkit...enjin melahu semahunya....rpm mencecah angka 4 walaupun pedal minyak tak ditekan. Mekanik kat pusat servis pun tak dapat buat apa apa. "throttle body" rosak katanya. Spare part susah nak dapat. Kekadang enjinya boleh mati bodoh jer...terutamanya masa nak berhentikan kereta. Tak kiralah kat traffic light ke atau di mana mana saja apabila berhenti. Pedal minyak dilepaskan enjinnya terus padam.Bila start hidup semula. Terpaksalah bertahan...walaupun fenomena ini dah masuk 3 bulan. Kalau nak gadai/jual pun tak berbaloi. Nilaian terlau rendah...15k
Hutang bank masih berbaki lebih 20k. Simpan jer. Pengajaran...jangan percayakan apa yang anda lihat selagi belum merasainya sendiri...terutamanya barangan luar yang diberikan nafas dan perhiasan tempatan!
Seminar 1Malaysia
Seluruh warga guru Kementerian Pelajaran Malaysia yang berkhidmat di Yayasan Islam Kelantan telah menghadiri satu seminar 1Malaysia selama 1 hari yang berlangsung di SMK(A) Lati di Pasir Mas.
Bilangan guru yang berkhidmat di YIK di seluruh Kelantan ialah 207 orang. Paling ramai berkhidmat di sekolah YIK di daerah Kota Bharu, Maahad Muhammadi(L)-21 orang, Maahad Muhammadi(P)-21, Mahad Pengajian Islam-19 orang, Mahad Rahmah Kenali-18 orang, Muhammadi Pasir Pekan-11 orang,
Daerah Bachok: Amir Indera-17, Yaakubiah Nipah-13,
Tumpat:Maahad Muhammadi-4,
Pasir mas:Maahad Muhammadi-17,
Pasir Puteh:Maahad Saniah-8,
Machang:Symasul maarif(L)-9, Syamsul Maarif(P)-9,
Tanah Merah:Maahad Ahmadi-14,
Kuala Krai:Mahad Rahmaniah-8,
Jeli:Raudha AnNazirin-1, Al Sabirin-3,
Gua Musang:Mahad Muhammadi-3
Seminar terbahagi kepada 3 slot iaitu;
Ceramah 1-disampaikan oleh Muhammad Nata(BTN Kelantan) yang mengimbau kembali kehidupan etnik Melayu semasa era penjajahan Portugis dan pentadbiran Parti Komunis Malaysia selama 14 hari. Itulah harga yang harus dibayar oleh Melayu akibat hilangnya maruah dan kuasa walaupun hidup di tanah air sendiri. Kemudian para peserta didedahkan bagaimana penyatuan melayu berupaya menggagalkan agenda penjajah daripada terus berkuasa, bermula dengan penentangan terhadap penubuhan Malayan Union dan sehinggalah Persekutuan Tanah Melayu mencapai kemerdekaan 31 )gos 1957.
Ceramah 2-disampaikan oleh Datuk Shahlan b Ismail,S/Usaha Politik Perdana Menteri yang menjelaskan idea/gagasan 1Malaysia yang diilhamkan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak.
Ceramah 3-Perasmian Penutup oleh Pengarah Jabatan Pelajaran Kelantan, Hj Hussain b Awang
Saturday, July 17, 2010
Friday, July 16, 2010
Penyelarasan Subsidi!!!
Tepat jam 12.00 tengah malam tadi, harga petrol, diesel, gas dan gula diselaraskan semula. Rasionalnya :
i-subsidi kerajaan juga dinikmati oleh penduduk berpendapatan tinggi dan warga asing serta tidak sampai kepada golongan sasaran.
ii-Harga barangan gula dan bahan api yang murah di negara ini menggalakan aktiviti penyeludupan gula, petrol dan diesel ke negara Thailand.
iii-Mendidik rakyat negara ini supaya mengurangkan penggunaan gula yang menjadi penyumbang utama obesiti dan kencing manis.
iv-Rakyat juga perlu sedar betapa petroleum dan diesel menjadi penyumbang utama pencemaran alam sekitar dan pemanasan global. Justeru itu subsidi untuk bahan bakar itu perlu dikurangkan dan untuk mengurangkan bebanan kerajaan.
v-Penjimatan perbelanjaan subsidi hampir RM750 juta pad tahun ini dapat digunakan untk pembangunan negara yang membei impak terus kepada golongan sasaran-miskin dan berpendapatan rendah
Harga baru selepas penyelarasan 5 sen seliter untuk bahan bakar, 25 sen untuk sekilogram gula 10 sen sekilogram untuk gas cecair;
Petroleum RON 95 (RM1.85seliter), RON97(RM2.10 seliter), gula (RM1.70 sekilogram), LPG (RM1.85 sekilogram)

Wednesday, July 7, 2010
2010 dah melebih separuh perjalanan
Betapa pantasnya masa berlalu...sudah menghampiri babak kemuncak dalam kalendar persekolahan. Bulan Ogos akan menjelang kurang 3 minggu lagi, detik penuh emosi dan paling mencabar akan mula menjengah. Bulan berlangsungnya peperiksaan percubaan untuk PMR. Menjelang detik itu para guru sibuk menghabiskan sukatan pelajaran masing masing. Para pelajar mula merasai dan baru berjinak dengan buku. Masa ini barulah mereka mula mencari guru untuk bertanyakan masalah pelajaran. Ogos menjadi titik penentuan penguasaan pelajaran mereka selama ini. Apa tidaknya sewaktu percubaan ini semua topik dari tingkatan 1 hingga 3 akan dikemukakan dan akan menguji kekuatan minda dan emosi mereka...
Saturday, July 3, 2010
Baju Raya Untuk Anak anak
Subscribe to:
Posts (Atom)