Monday, July 26, 2010

Seminar 1Malaysia








Seluruh warga guru Kementerian Pelajaran Malaysia yang berkhidmat di Yayasan Islam Kelantan telah menghadiri satu seminar 1Malaysia selama 1 hari yang berlangsung di SMK(A) Lati di Pasir Mas.
Bilangan guru yang berkhidmat di YIK di seluruh Kelantan ialah 207 orang. Paling ramai berkhidmat di sekolah YIK di daerah Kota Bharu, Maahad Muhammadi(L)-21 orang, Maahad Muhammadi(P)-21, Mahad Pengajian Islam-19 orang, Mahad Rahmah Kenali-18 orang, Muhammadi Pasir Pekan-11 orang,
Daerah Bachok: Amir Indera-17, Yaakubiah Nipah-13,
Tumpat:Maahad Muhammadi-4,
Pasir mas:Maahad Muhammadi-17,
Pasir Puteh:Maahad Saniah-8,
Machang:Symasul maarif(L)-9, Syamsul Maarif(P)-9,
Tanah Merah:Maahad Ahmadi-14,
Kuala Krai:Mahad Rahmaniah-8,
Jeli:Raudha AnNazirin-1, Al Sabirin-3,
Gua Musang:Mahad Muhammadi-3
Seminar terbahagi kepada 3 slot iaitu;
Ceramah 1-disampaikan oleh Muhammad Nata(BTN Kelantan) yang mengimbau kembali kehidupan etnik Melayu semasa era penjajahan Portugis dan pentadbiran Parti Komunis Malaysia selama 14 hari. Itulah harga yang harus dibayar oleh Melayu akibat hilangnya maruah dan kuasa walaupun hidup di tanah air sendiri. Kemudian para peserta didedahkan bagaimana penyatuan melayu berupaya menggagalkan agenda penjajah daripada terus berkuasa, bermula dengan penentangan terhadap penubuhan Malayan Union dan sehinggalah Persekutuan Tanah Melayu mencapai kemerdekaan 31 )gos 1957.

Ceramah 2-disampaikan oleh Datuk Shahlan b Ismail,S/Usaha Politik Perdana Menteri yang menjelaskan idea/gagasan 1Malaysia yang diilhamkan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak.

Ceramah 3-Perasmian Penutup oleh Pengarah Jabatan Pelajaran Kelantan, Hj Hussain b Awang

No comments:

Post a Comment