Tepat jam 12.00 tengah malam tadi, harga petrol, diesel, gas dan gula diselaraskan semula. Rasionalnya :
i-subsidi kerajaan juga dinikmati oleh penduduk berpendapatan tinggi dan warga asing serta tidak sampai kepada golongan sasaran.
ii-Harga barangan gula dan bahan api yang murah di negara ini menggalakan aktiviti penyeludupan gula, petrol dan diesel ke negara Thailand.
iii-Mendidik rakyat negara ini supaya mengurangkan penggunaan gula yang menjadi penyumbang utama obesiti dan kencing manis.
iv-Rakyat juga perlu sedar betapa petroleum dan diesel menjadi penyumbang utama pencemaran alam sekitar dan pemanasan global. Justeru itu subsidi untuk bahan bakar itu perlu dikurangkan dan untuk mengurangkan bebanan kerajaan.
v-Penjimatan perbelanjaan subsidi hampir RM750 juta pad tahun ini dapat digunakan untk pembangunan negara yang membei impak terus kepada golongan sasaran-miskin dan berpendapatan rendah
Harga baru selepas penyelarasan 5 sen seliter untuk bahan bakar, 25 sen untuk sekilogram gula 10 sen sekilogram untuk gas cecair;
Petroleum RON 95 (RM1.85seliter), RON97(RM2.10 seliter), gula (RM1.70 sekilogram), LPG (RM1.85 sekilogram)
No comments:
Post a Comment