Merakam peristiwa, mencatat perjalanan kehidupan di sepanjang perjalanan menuju ke alam sebenar yang kekal abadi. Emel: amnizafirah@yahoo.com.my / md.shaidi@gmail.com
Wednesday, July 7, 2010
2010 dah melebih separuh perjalanan
Betapa pantasnya masa berlalu...sudah menghampiri babak kemuncak dalam kalendar persekolahan. Bulan Ogos akan menjelang kurang 3 minggu lagi, detik penuh emosi dan paling mencabar akan mula menjengah. Bulan berlangsungnya peperiksaan percubaan untuk PMR. Menjelang detik itu para guru sibuk menghabiskan sukatan pelajaran masing masing. Para pelajar mula merasai dan baru berjinak dengan buku. Masa ini barulah mereka mula mencari guru untuk bertanyakan masalah pelajaran. Ogos menjadi titik penentuan penguasaan pelajaran mereka selama ini. Apa tidaknya sewaktu percubaan ini semua topik dari tingkatan 1 hingga 3 akan dikemukakan dan akan menguji kekuatan minda dan emosi mereka...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment