Pada hari Sabtu lepas, 14 Julai 2012 satu majlis forum telah berlangsung di Masjid Ketereh. Forum yang dipengerusikan oleh Dr Mohd Ariff ini membincangkan persediaan menyambut bulan ramadhan al mubarak dan kaitannya dengan kesihatan. Antara persediaan yang perlu dilakukan adalah menyucikan jiwa dan rohani. Ingatlah kita ini adalah hamba Allah.Hamba perlu selalu mentaati perintah tuannya tanpa apa-apa persoalan. Hanya sebulan dalam setahun Allah memerintahkan hambaNya berpuasa, menahan diri dari melakukan apa-apa yang sebelumnya halal dilakukan sepanjang waktu siang hari.
Sebelum menempuhi bulan Ramadhan, Allah dan Rasulullah (s.a.w) telah menggalakkan umatnya berpuasa sunat bermula dua bulan sebelumnya iaitu bulan Rejab dan Syaaban.Berpuasa sunat di sepanjang bulan-bulan tersebut selain mendapat balasan pahala yang melimpah, juga dapat melatih dan menyediakan diri secukupnya untuk latihan intensif(berpuasa) sebulan penuh pada bulan Ramadhan.
Merakam peristiwa, mencatat perjalanan kehidupan di sepanjang perjalanan menuju ke alam sebenar yang kekal abadi. Emel: amnizafirah@yahoo.com.my / md.shaidi@gmail.com
Monday, July 16, 2012
Sunday, May 20, 2012
Akhirnya...Piala FA Dalam Genggaman
Kelantan mencipta mencipta sejarah tersendiri dalam Liga Bola Sepak Malaysia:
1. Pada tanggal 19 Mei, Kelantan menjuarai Piala FA setelah 22 tahun menunggu. Dalam dua percubaan sebelum ini, Pasukan The Red Warriors" gagal menjulang Piala FA. Walaubagaimana pun, gol tunggal minit ke- 58 melalui tendangan penalti oleh M. Ghaddar mengesahkan segalanya dan menewaskan Sime Darby.
2. Piala FA 2012 adalah piala baru yang diperkenalkan FAM. Piala ini ditempah dan dibuat oleh tukang-tukang perak ternama di Kelantan dengan kos RM 80K. Pasukan Kelantan pasukan pertama menempa nama di piala baru itu.
3.Kelantan mencipta juara bola sepak yang berbeza menerusi 3 jurulatih. Piala Malaysia 2010 bersama Sathianathan, Piala Liga Super 2011 bersama M.Karathu dan terbaru Piala FA 2012 bersama Bojan Hodak.
4. The Red Warriors berjaya mengumpulkan penyokong dan peminat fanatik yang setia dan tersendiri yang akan memenuhi Stadium pada setiap kali pasukan Kelantan beraksi, lebih-lebih lagi apabila bermain di stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu.

Labels:
juara Piala FA,
Kelantan FA,
piala baru,
The Red Warriors
Saturday, May 5, 2012
Pesta untuk rakyat Kelantan Dalam Satu Minggu
Bermula pada Khamis lepas, rakyat Kelantan dijamu dengan 3 pesta yang berlangsung secara besar-besaran selama tiga hari bermula 3 Mei lepas. Rakyat Kelantan khususnya disekitar Jajahan Gua Musang dapat menyaksikan kemeriahan Karnival Komuniti 1 Malaysia yang berlangsung Pusat Sivik Gua Musang. Pelbagai acara dan persembahan kebudayaan dihidangkan untuk para pengunjung di sana.
Sementara itu di Kota Bharu bertempat di Terminal Makanan Negara Tunjung berlangsungnya karnival bersempena Pelancaran 'Rural Tranformation Center'(RTC Kelantan). Program selama tiga hari ini juga dirasmikan oleh PM Dato' Seri Mohd Najib lebih kurang jam 4.30 petang kelmarin. RTC Kelantan menjadi pusat pengumpulan dan pengedaran bahan-bahan makanan dan produk pertanian utama bagi negeri Kelantan dan kawasan sekitarnya.
Manakala karnival 'Walk With ME' berlangsung di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV. Acara utama program ini adalah berjalan bersama DYMM Sultan Kelantan di sekitar bandar Kota Bharu yang bermula pada jam 3.00 petang pada hari 3 Mei 2012 lepas. Di setiap perhentian disediakan satu persembahan kebudayan untuk tontonan para peserta "Walk with ME".

karnival,
kelantan,
muhammad ke-V,
pesta,
sultan kelantan
Cepatnya putaran masa...
Sedar atau tidak tahun 2012 dah hampir separuh kita lalui. Kesibukan kita dengan aktiviti kehidupan ini membuatkan masa berlalu pantas sekalli. Kini dah masuk bulan Mei. Para guru dan pelajar akan sibuk dengan persiapan peperiksaan pertengahan tahun. Bakal pengantin dah mula sibuk dengan persiapan dan kelengkapan menjadi 'Raja Sehari' menjelang cuti sekolah pada akhir bulan Mei nanti. Aku sendiri pun sudah menerima beberapa keping kad undangan kesyukuran dan walimatul urus.
Bermakna juga telah 5 bulan berpisah dengan anak sulong lelaki yang kini sedang belajar di sebuah sekolah berasrama penuh di Bachok. Mula-mula dulu terasa juga ketiadaannya. Agak-agaknya inilah perasaan setiap ibu bapa apabila anak-anak tiada di sisi. Apatah sekiranya anak-anak langsung tidak menjengah kedua-dua ibu bapa mereka di kampung. Betapa derita dan terseksanya batin ibu bapa .
Pada bulan Mei dan pada usia 14 bulan, anak kecilku sudah pandai mengatur langkah dan berjalan. Tak reti dok diam! Habis satu rumah dijejaki. Pantang grill pintu terbuka, alamatnya kenalah pi ambik di tempat parkir kereta atau di laman depan rumah. Baru boleh kakilah katakan!

Wednesday, April 25, 2012
Pelancaran Tabung Masjid AL EHSAN
Maahad Pengajian Islam Kota Bharu hari secara rasminya telah melancarkan Tabung Pembinaan Masjid Al Ehsan. Majlis perasmian dilakukan sendiri oleh MB Kelantan lebih kurang pukul 11.00 pagi tadi. Pembinaan masjid baru setinggi 3 tingkat ini dapat memenuhi dan menampung bilangan pelajar sekolah ini seramai 1400 orang. Masjid ini juga digunakan oleh jemaah yang tinggal di sekitar sekolah untuk menunaikan solat fardhu atau solat-solat sunat lain seperti solat terawih pada bulan puasa.
Sehubungan itu, satu majlis kenduri kesyukuran diadakan oleh pihak sekolah bagi membolehkan para pengunjung dan hadirin menjamu selera sambil menderma. Sebanyak lapan kawah gulai darat daging lembu disediakan sendiri oleh kakitangan sekolah dengan diketuai oleh Ustaz Mohd Zain. Di samping itu, 150 ekor ayam disumbang oleh warga sekolah, dan dimasak goreng pedas.
Acara memasak bermula seawal jam 5 petang semalam dengan menyembelih dan melapah daging lembu.Kerja melapah dan memotong daging lembu disertai 50 pelajar dan siap menjelang 12 tengah malam. Kemudiannya barulah kerja menjerang dan memasak gulai kawah. Kerja memasak siap sepenuhnya menjelang jam 5.30 pagi tadi. Yang paling istimewanya gulai kawah disediakan oleh guru-guru lelaki bersama para pelajar lelaki. Manakala guru dan pelajar perempuan terlibat dalam kerja mengupas bawang dan menyiapkan rempah ratus. Sebahagian lagi menggoreng ayam utuk dijadikan ayam goreng pedas.
Hujan yang turun jam 10.00 malam semalam mencetus rasa cemas apabila tapak memasak dibanjiri dan menyebabkan kawah gulai hampir tumbang. Dalam pada itu juga hujan menyebabkan kayu api basah dan lembap.

Rezeki Kakitangan Awam
Hari ini, 25 April 2012, kakitangan awam dapat menikmati kenaikan gaji sebanyak 7 hingga 13 % seperti yang diumumkan PM bulan Mac lalu. Kakitangan awam yang menikmati kenaikan 13% terdiri daripada kumpulan pengurusan dan profesional serta kumpulan sokongan.
Wednesday, April 11, 2012
Pertabalan KDYMM SPDA ke -14
Sejarah tercipta hari ini,
1.Buat pertama kali semenjak terbentuknya negara Malaysia, seorang sultan dtabalkan buat kali yang ke-2 sebagai Yang Dipertuan Agong, Ketua Negara Malaysia. Sultan Kedah Sultan Abdul Halim Shah selamat ditabalkan sebagai YDP Agong ke-14 dalam acara penuh adat istiadat diraja.
2.Buat pertama kalinya Istana Negara yang baharu digunakan sebagai tempat upacara pertabalan. YDP Agong ke-13 Sultan Mizan hanya beberapa bulan sahaja bersemayam di Istana baharu itu sebelum tempoh baginda tamat awal tahun ini.
3.Sultan ABdul Halim menaiki tahkta YDP Agong ke-5 semasa pentadbiran Tun Abdul Razak menjadi Perdana Menteri Malaysia. Pada hari ini, baginda sekali lagi dilantik sebagai YDP Agong ke -14 semasa pentadbiran keluarga Tun Abdul Razak(iaitu Datuk Seri Mohd Najib-Perdana Malaysia yang ke 5).
"Semoga Malaysia terus aman makmur dibawah pemerintahan Tuanku"
Saturday, March 31, 2012
Alhamdulillah dan Terima Kasih
Alhamdulillah, syukur kerana dengan izinNYA, JPA telahpun mengeluarkan pekeliling PP012012 berkenaan penyelarasan gaji baru SSM sebagaimana yang diumumkan PM awal MAc lepas. Tahniah dan terima kasih JPA!.
http://docs.jpa.gov.my/docs/pp/2012/pp012012.pdf
Cara pengiraan pemindahan gaji baru..
klik di sini....http://docs.jpa.gov.my/ssm/#pengiraan

Friday, March 30, 2012
Bilalah Nak Merasa Skim Gaji Baru SSM Nak ..!
Semenjak diumumkan PM pada 8 Mac lepas, pekeliling skim gaji baru SSM belum lagi dikeluarkan JPA. Penyelarasan dan perubahan gaji yang sepatutnya diterima bulan April ini sepertimana yang dinyatakan nampaknya umpama pungguk merindukan bulan.
Cuepacs pun dah bersuara dengan meminta JPA mengeluarkan pekeliling gaji baru itu selewat-lewatnya hujung bulan ini. Hingga ke saat ini, belum ada sebarang berita mengenainya.
Gaji belum naik, tetapi ada khabar angin harga petrol akan dinaikkan. Itu belum dikira harga barangan lain yang dah lama menyesakkan belanja orang kampung.
Thursday, March 8, 2012
Syabas...CUEPACS!
Baca disini.....
Labels:
penyelarasan gaji,
SBPA mansuh,
SSM ditambahbaik
Wednesday, March 7, 2012
Berfikirlah dan Beringatlah
Malam tadi, dalam kuliah maghrib, melalui surah 'abasa Allah memperingatkan kepada manusia akan hakikat kejadian insan adalah dari air mani yang hina dina. Kemudian berkembang sebagai janin dalam kandungan ibu selama 9 bulan, dengan diperlengkapkan segala kelengkapan. Sejak dalam kandungan lagi, seseorang manusia telah ditetapkan rezekinya, umurnya dan matinya.
Apabila dilahirkan, manusia(bayi) dikeluarkan juga menerusi saluran kencing yang kotor, lemah dan tidak berupaya. Justeru, sedarlah manusia kita ini hanyalah hamba Allah yang Maha Kuasa. Siapalah kita untuk mengingkari segala suruhan dan larangan Allah.
Seterusnya, manusia(insan=nisyan=mudah lupa) diberikan 2 laluan untuk dipilih, satu menuju kejayaan dan satu lagi jalan menuju ke neraka. Kedua-duanya dipermudahkan Allah. Setelah itu manusia akan dimatikan, dikuburkan dan dibangkitkan semula untuk menerima balasan atas yang mereka kerjakan.
Jika ini, belum menyedarkan manusia, Allah juga memperingatkan manusia supaya memerhati akan nikmat yang dinikmatinya. Air hujan yang diturunkan dari langit menyuburkan bumi dan ditumbuhi pelbagai jenis tanaman anggur, sayuran, zaitun dan kurma. Pelbagai jenis tumbuhan dan rumput yang diperlukan manusia dan ternakan mereka. Tanpa air bumi akan gersang, tandus dan tidak subur. Tanpa tanaman manusia akan kebuluran.
Manusa dan binatang ternakan tidak dapat dipisahkan serta sangat diperlukan manusia. Ada manusia yang menjadi kaya raya dengan menternak binatang. Tanpa daging makanan manusia tidak seimbang. Justeru sedarlah manusia segala nikmat dan rezeki yang dikecapi ini semuanya disediakan Allah.Ingatlah betapa berjaya, berkuasa dan kayanya kita,itu semua adalah rezeki kurniaan Allah. Allah berhak dan berkuasa untuk menarik kembali pemberiannya itu.
Friday, March 2, 2012
Impian Makin Menghampiri
Sudah genap umurnya
I
Tanggal 1 mac 2012 kelmarin bermakna telah genap 1 tahun usia Asyfa Yasmin hidup di alam dunia ini. Dalam tempoh setahun, bermacam-macam perkara baru yang dipelajarinya. Pantang pintu terbuka, pantas sekali dia menjulurkan kaki dan meniti anak tangga turun ke laman depan. Dalam rumah pula, pabila terleka sedikit dia akan naik dan turun sofa atau kerusi rotan di sudut rumah.Yang paling menggembirakn, pabila dia sudah dapat memanggil dan menyebut 'bah' dan 'kak'.
II
Tanggal 1 mac 2012 juga bermakna genap setahun juga pembinaan rumahku di PT 373 Kg Buloh Poh Ketereh. Minggu lepas, kerja-kerja memasang lampu telah mula dilakukan, terutama di ruang tamu, ruang keluarga dan dalam bilik utama. Insya Allah, rumah baru ini boleh diduduki pada pertengahan seawal-awalnya bulan mac ini atau pada bulan april depan.
III
15 mac 2012 umur Amni Zafirah akan genap 4 tahun.
Thursday, February 2, 2012
PT 373 kini...
Kiranya pembinaan rumahku telah genap satu tahun. Alhamdulillah proses pembinaannya berjalan lancar mengikut jadual. Kebanyakan bahagian rumah telah siap, melainkan kerja-kerja pemasangan sistem pendawaian elektrik yang masih belum siap.
Jalan masuk ke kawasan perumahan juga belum dapat disiapkan memandangkan musim tengkujuh yang belum berakhir.
Thursday, January 19, 2012
Cuti Tahun Baru Cina 2012
Semua sekolah akan bercuti selama seminggu bersempena perayaan Tahun Baru Cina. Sekolah di Kelantan akan bercuti mulai 20 hingga 28 Januari 2012. Bagaimanapun, sekolah terpaksa menggantikan semula cuti hari Rabu(25 Jan) dan Khamis (26 Jan) pada hari Sabtu iaitu masing-masing pada 11 Feb dan 03 Mac 2012 depan.
Akan tetapi sekolah kendalian Yayasan Islam Kelantan hanya bercuti sehari sebelum tahun Baru Cina sahaja iaitu cuti peristiwa (Ahad-22 Januari 2012) dan bersekolah seperti biasa pada 25 Januari dan 26 Januari
Labels:
cuti berganti,
cuti peristiwa,
sekolah,
tahun baru cina
Sunday, January 15, 2012
BR1M
Bayaran RM500 telah diagihkan kepada rakyat yang berjaya mulai hari ini. Rakyat yang berpendapatan RM3000 ke bawah layak mengisi borang permohonan BR1M yang telah berlangsung selama sebulan dan berakhir 10 Januari lepas. Kebanyakan penerima wang hari ini terdiri daripada kaum Cina sempena sambutan Tahun Baru Cina pada 23 dan 24 Januari depan
Sehingga 10 Januari, sebanyak 4.1 juta borang telah diedarkan kepada penduduk dan 5o peratus permohonan yang berjaya mula menerima bayaran hari ini
Friday, January 6, 2012
Penyelarasan berperingkat premium tarif motor
Mulai 16 januari 2012, Bank Negara Malaysia akan membuat penyelarasan premium tarif motor secara berperingkat dalam tempoh masa 4 tahun. Katanya, premium tarif motor tidak pernah dikaji selama 30 tahun. Justeru akan berlaku kenaikan premium tarif motor mulai tarikh itu.
Bagi perlindungan pihak ke-3, motosikal 110cc-premium naik antara RM1.00-RM3.50 setahun(kenaikan RM0.30 sebulan) dalam jangka masa 4 tahun. Manakala kereta persendirian 1400cc, premium naik antara RM6.00-RM34.00 setahun(kenaikan RM2.80 sebulan) dalam tempoh yang sama.
Tuesday, January 3, 2012
Banjir Gelombang Kedua di Kelantan
Sekolah di Kelantan terpaksa bercuti akibat banjir yang mulai melanda Rantau Panjang, Gua Musang dan Tumpat menjadi daerah terbaru. Tiga sekolah di Tumpat-SK Bendang Pak Yong, SK Simpangan dan SK Telok Jering bersekolah seperti biasa hari ini, namun terpaksa ditutup jam 12.30 tengah hari akibat air Sg Golok mulai melimpahi tebing dan menggenangi sekolah berkenaan.
Labels:
banjir,
cuti peristiwa,
sekolah bercuti
Monday, January 2, 2012
Pendaftaran Anak di MTSM
Tak dapat nak bayangkan betapa bersyukur dan gembiranya hati kami sebagai ibu bapa apabila anaknya dapat meneruskan pelajaran menengah di sekolah agama. Maahad Tahfiz Sains merupakan maahad kawalan Yayasan Islam Kelantan yang menjadi rebutan dan pilihan ibu bapa dan pelajar untuk menyambung pelajaran. Maahad Tahfiz Yayasan Islam Kelantan juga menjadi rebutan ibu bapa pelajar dari luar Kelantan.
Dalam dunia yang semakin mencabar dan sarat dengan pelbagai masalah sosial adalah diharapkan agar para pelajar di sini akan dapat membina jati diri yang kukuh, daya juang dan daya saing yang tinggi.
Maahad Tahfiz Sains Al-Muhammadi, Bachok merupakan antara 4 buah sekolah tahfiz sains di seluruh Kelantan. Lain-lainnya MTS Biistanul Arifin Tumpat, MTS Nurul Aman Kok Lanas(KB), dan MTS Tanah Merah.
Sunday, January 1, 2012
Hari Pertama di Tahun 2012
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana masih memberikan kesempatan untuk terus beribadat dan melakukan kebajikan. Sesungguhnya umur umat Nabi Muhammad s.a.w antara 60 hingga 70 tahun.Baginda nabi sendiri pun wafat pada usia 63 tahun. Justeru semakin umur bertambah semakin pendeklah usia hidup kita. Perjalanan kita di dunia semakin menghampiri ke destinasinya-mati dan berpindah ke alam kubur sementara menuju ke alam akhirat yang kekal abadi.
Labels:
alam akhirat,
alam kubur,
azam baru,
mati,
tahun baru
Subscribe to:
Posts (Atom)